Di Manakah Mukminahku, Itukah Gusarmu?

Wanita sebagai pengubah zaman?

Bagaimanakah ianya diterima apabila wanita dikatakan elemen penting bagi kewujudan fitnah dan kaum ini dikatakan oleh Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam sebagai khalak yang paling ramai menghuni di dalam neraka?

Kita telah terabaikan bahawa wanita menjadi majoriti di dalam neraka adakah kesan dari lelaki-lelaki yang menjadi sebabnya tatkala mereka adalah pemimpin di dalam sebuah keluaga dan secara umumnya mereka ini adalah pemimpin di dalam masyarakat.

Malah ulamak dan umarak juga terdiri dari kaum lelaki sahaja di dalam dunia muslim khususnya di negara-negara yang sangat hampir dengan Masjidil Haram, Masjid Nabawiah yang menempatkan maqam Kekasih Allah Ta’ala di Madinah dan masjid Al-Aqsa di Jurusalem.

Ciri-ciri wanita tetap sama sifatnya sebagaimana lelaki-lelaki yang terdiri dari :

Wanita yang beriman kerana beragama.

Wanita beragama tetapi tidak beriman.

Wanita yang tidak beragama dan tidak memahami kehidupan beriman.

Apakah pilihan ummah yang mengakui akhirat sebagai masa hadapan mereka apabila dikatakan wanita sebagai pengubah zaman apabila lelaki-lelaki mellinium yang berwajahkan peradaban barat dan timur masih kekal mengingini peperangan berlaku bagi mengisi keperluan ummat kurun abad ke 21 ini?

Apakah mengisi keamanan yang masih tidak upaya dijamin kebersamaan dan keadilannya oleh undang-undang benar-benar upaya diambil penanggung jawabannnya oleh wanita-wanita yang sesungguhnya juga sedia mendiskriminasi kegenderan sesama mereka?

I don’t care about your wine – when I am  a muslimah with focus to be on Jannah path, (insya Allah) never change my stand that alcohol is haram according to our fikh.

Mengapakah Islam masih diabaikan oleh dasar pegangan mellinium anda?

Wanita muslimin sendiri dianjurkan berpegang kepada dasar mellinium yang telah diwacanakan wajah peradaban barat.

Menginfaqkan rezeqi :

Kitab yang mengutarakan keluasan rezeqi selepas mempercayai yang ghaib dan mendirikan solat.

Apakah benar membetulkan persepsi yang meletakkan wang sebagai satu-satunya sumber rezeqi upaya disangga amanahnya oleh wanita-wanita yang umumnya mengamalkan etika cara hidup keselesaan dan kemewahan di timur tengah setelah Amerika England dan Eropah kekal mengingininya menjadi ciri membina generasi mereka?

Alasan saya?

Mata wang yang kekal mahu didominasikan tatkala susut nilainya ditanggung oleh mata wang negara-negara yang didominasi.

Dalam hal ini twitter-twitter saya diangggap relevan… walaupun ianya hanya dibaca oleh saya seorang. Benar, apabila saya tidak berbohong atau menipu untuk menjadi seperti orang lain.

Susut nilai pada mata wang negara-negara upayakah disanggakan ke atas wanita-wanita yang sering ditolak untuk menjadi pemimpin di dunia barat khususnya Amerika?

Apabila nilai mata wang diuruskan oleh sekumpulan manusia yang menguasai sistem, dan sistem itu tidak disumberkan dari fikh islam, bagaimanakah islam menjadi punca kelemahan pengurusan kepimpinan di dunia?

Advertisements

Bacaan Yang Semakin Kurang

 

 

Membaca mesti didasari dari keinginan minat untuk mencari sumber memahat ilmu bukan sekadar diingati tetapi dihayati.

Membaca menyelaraskan imbang stabil komunikasi minda dan hati jika bahan bacaan terlalu ilmiah, bila kupasan yang cuba diterapkan berhadapan dengan kelemahan terjemahan,minda mungkin menghadami informasi yang tidak sah.

Mengulang cetak buah gugus ilmiah dari berbagai pendekatan peribadi dengan ungkapan ayat bernas mudah memberi makna yang bermanafaat untuk dipelajari.

Apabila tidak semua pembaca berpendidikan tinggi, apalah makna buku yang banyak terhimpun jika hanya kumpulan sasar sahaja yang menaakulnya?

Pancaran frekuensi umpama gelombang yang meributkan apabila penataannya bercenderungan bersilap mengadaptasi unsur yang upaya menjadi ‘virus membiak bakteria’ jika tidak dikawal selia secara bertanggung jawab khususnya bagi penonton-penonton di negara muslim.

Hiburan seperti sesuatu yang ‘dijinakkan’ untuk merealisasikan kecanggihan abad era gemilang teknologi berinfo komunikasi dan alat untuk berkomunikasi.

Bagaimanakah wujud mendidik melalui hiburan melalui ibadah di dalam islam?

Sekiranya melihat secara positif akan ada cabaran menanti agar ‘keterbukaan’ minda dipaksi oleh iman yang sungguh-sungguh dihayati, ini memerlukan makna tarbiyah wajib ditekankan agar tiada rintangan yang menghalang perkembangan memahami fikh Islam secara benar.

Jika ditilik dari negetifnya, masih sama tanggung jawab perlu dilaksana agar terbebas minda dari belenggu kongkongan memahami erti kezaliman penindasan yang mana senjatanya adalah agenda yang tidak mensejahterakan kemanusiaan tatkala larangan di dalam fikh tidak terkandung di dalam penindasan dan kezaliman yang dilakukan.

Ramai bilangan penonton haruslah sama ramainya bilangan pengarah,penerbit, pengamal dan pengguna media elektronik yang beramal dengan yakin kebenaran, keadilan sebagai pengetahuan kesan dari beribadah.

Kumpulan sasar mesti dididik agar menghargai pengetahuan biar ia berlainan sumber,tetapi dijelaskan oleh sempurna perkembangan fikiran yang matang terbuka untuk bertolak ansur pada perbezaan pendirian.

Perbezaan upaya menjadikan ummah bersatu dan wajarkah diabaikan Islam?

Agenda yang jujur tanpa tersirat apa yang tersurat memberi makna hakikat. Iaitu pengetahuan perlu disebar tanpa nada menekan, ditekan, berasa tertekan kerana sesuatu yang dipaksakan hanya memudarkan keinginan.

Milik Tanpa Hak?

“Cikgu, mengapakah facebook, twitter, facetime, wechat dan seumpamanya dicipta?”

Kelas seperti tiada berpenghuni. Senyap dan sunyi.

“Cikgu, setelah dunia upaya didekatkan antara benua, bagaimanakah Islam masih dijadikan subjek yang ‘subversif’ kepada hubungan diplomatik antarabangsa?” 

Saya tidak mendengar apa-apa selaian bunyi putaran kipas di syiling.

“Cikgu, soalan saya ini di dalam bahasa inggeris, jika salah minta dibetulkan. Did we still need propagandist ideas just to show how caring our societies when now day education never ask for a war?”

Ahhh rupanya hanya saya seorang masih berada di dalam kelas.

 

 

La Tahzan Ya Umm, La Tahzan.

Emosinya bergelora kembali selepas begitu lama meneguk kedamaian di tanah perantauannya yang terletak di Semenanjung Tanah Arab.

Sengketa yahudi dan arab hampir menyebabkan banyak hati-hati menjadi mati kerana sudah sekian lamanya kisah-kisah yang serupa diulang berkali-kali yang mengemukakan pendirian intelek masyarakat moden yang diabaikan oleh minda para pemimpin.

Lalu dia meniupkan jiwanya dengan ketenangan dengan fikiran-fikiran bahawa adalah tidak keterlaluan apabila sedia diterima bahawa moyang piutnya berkemungkinan berasal dari tanah hijjaz.

Tersenyum bersendirian bagi menolak gundah gulana oleh cemuhan sanubari hatinya yang mengujarkan kemustahilan sukar dipertahankan.

Menilik gambar-gambar lelaki muda yang kuat gagah memegang senjata mempermainkan wanita, lelaki dewasa, remaja dan para belia sukar memadamkan gelora yang sudah bernyala-nyala di dalam jiwanya.

Apakah saudara-saudara semuslimnya perlu mengikuti jejak ‘Rachel Corrie’ gadis yang sering menemaninya membaca sifat bani Israel moden atau perlu mencermati sikap Raja Sicily King Roger 11 yang memboikot peperangan salib kerana berdendam dengan pemerintah Jurusalem Raja Baldwin, yang menghina ibunya atau saudara-saudara semuslimnya bersedia mempelajari biografi Amir bin Abdullah bin Al-Jarrah?

Lalu ku kirimkan catatan ini buatmu yang tidak upaya membuka ‘Rafah Al-Hidhar’ sejurus berakhirnya ‘Arab Spring’.

La Tahzan ya umm, la tahzan ya ukht, la tahzan ya akh,

Usah beri peduli pada kesakitan dan kelukaanmu apabila terlalu banyak hal-hal agama dan iman perlu kita uruskan sendiri setelah dilengahkan oleh serangan-serangan, gangguan-gangguan, kecaman, kekerasan, ugutan, malah pembunuhan ke atas keluarga mu kerana Rabbul Jalil yang akan menghukum mereka.

Tadabburkan ayat-ayat dari Surah An-Nisa’bermula dari 148-sehingga ayat 176 berulang kali kerana ia membuktikan haq Al-Haq yang menjadi saksi ke atas setiap yang telah diperlakukan ke atas kelian.

La Tahzan

La Tahzan

La Tahzan

الجنة حق و النار حق  

Bila Semua Cuba Kita Lupakan.

Bertemukah kita dengan Al-Qadar saat ia bertamu?

Terdengarkah ketukan dari sentuhan sayap-sayap malaikat-malaikat?

Dinginkah tulang temulang oleh laluan nur cahaya pada Al-Qadar yang menyelimuti?

Berbekaskah rinduan lalu pada alunan penzikir-penzikir yang bertaddarus?

Tertitiskah titisan air yang tercurah hingga basah sebahagian tanah?

Sakinahkah jiwa dan hati-hati kita?

Saat menanti Al-Qadar bertamu,

Allahyarhamhu dan allahyarhamha juga menyinggah

Sudah terlupakah kita

Terlihat pusara ‘kesejahteraan penduduk kuburan dibisikkan’

Kepada ahli kubur kita bisikkan ‘insya Allah kami pasti menyusul kelian’

Kepada ahli kubur kita pohonkan agar kita dan mereka diberi keselamatan…

Bila semua telah kita lupakan…

Upaya yang bagaimanakah syariat kita akan terbina?

Bila semua telah kita lupakan

Ijmak dan ijtihad menjadi milik siapa?

18 & 19 Ramadhan 1436

Menjelang sepuluh yang akhir hari-hari di bulan Ramadhan hujung minggu yang bermula pada hari Jumaat membuatkan keistimewaan menjadi muslimah yang berstatuskan seorang ibu, isteri dan anak perempuan sepenuhnya cuba disedarkan ke dalam diri ini…

Fitrah wanita yang sukar menggenabkan bilangan puasa mereka membuatkan tanda beza di antara lelaki dan perempuan mudah dilihat…

Namun begitu tetap Raqib dan ‘Atiq menjadi pengiring tanpa pernah membeza-bezakan kegenderan makhluk Allah.

Ibu Nabi Isa alaihissalam tanda yang jelas tentang keistimewaan wanita solehah yang upaya diperolehi melalui doa ibu bapa, doa datuk nenek serta moyang-moyang …

Siapakah yang mendengar doa-doa kita di sepanjang puasa Ramadhan ini setelah terhentinya wahyu selain Allah …

Apakah Jibrail tidak berhubungan dengan hamba-hamba Allah setelah kewafatan Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam tatkala malaikat ini dikhabarkan tentang solat dua rakaat ummat manusia akhir zaman yang dikerjakan dalam keadaan lewat waktunya, terburu-buru, pantas oleh kelalaian mereka?

 

Allah Yang Maha Mendengar memberi makqul pintaku untuk menyudahkan bacaan ayat-ayatnya pada usia lima puluh dua tahun secara bertartil.

 

Naifku mohon ampunMu, Ya Allah.

Berlebaran Dengan Cintakah?

12,13, 14, 15, 16, 17 Ramadhan 1436

Dengan dibantu oleh anak-anak saya mengemaskan taman kecil di halaman rumah dan bahagian di dalam rumah sementelahan kami akan pulang meraikan ketibaan eid fitri di Malaysia.

 

Ramadhan tidak menjadikan mereka yang berpuasa hanya tidur sahaja melainkan setelah mereka benar-benar keletihan seperti mana yang kami lalui pada saat suami menyatakan bahawa saya dan anak-anak kami Hanan dan Hilman berkemungkinan tidak dapat pulang lantaran permit residen masih tidak dikeluarkan setelah ianya dipohonkan lebih dari sebulan yang lalu tatkala hari untuk kami pulang semakin hampir.

Semalaman sejak pagi sehingga tengah malam kami menghabiskan masa di jabatan immigresen Qatar dan pada hari-hari selepas itulah saya benar-benar keletihan dan banyak menghabiskan masa dengan tidur.

Aktiviti dan rutin tetap sama cuma kesesuaian masa sahaja kami uruskan agar dapat disimpan tenaga untuk urusan rumah tangga seperti memasak pada waktu petang.

Cuaca yang panas dengan tiupan angin yang kencang telah menyebabkan tumbuhan dedaunan bunga di taman kami terjebak dengan jangkitan jenis kulat yang memutih di ranting dan daun.

Saya sungguh terkejut apabila sehari sebelumnya tanaman itu segar menghijau dan keesokkan paginya dedaunan hijau itu telah memutihkan tunas serta bahagian atas tanaman saya.

Bila disembur dengan racun, baharu diketahui bahawa tompok-tompok putih itu adalah kulat dan kulat itu adalah parasite yang bewarna putih dan boleh merayap…

 

Setelah enam kali diracun saya membuat keputusan untuk membuang sahaja tanaman dedaunan hijau bunga yang menjadi pagar taman sejak hampir empat tahun lalu.

Kemudahan kewujudan bakteria kulat tersebar melalui angin ini membawa jauh fikiran saya kepada usaha-usaha penghijauan muka bumi dan bangunan juga penanaman sumber makanan dari tumbuh-tumbuhan.

Di mana-mana pada setiap inci dan ruang di dunia ini  Allah semakin menzahirkan PemilikanNya.

Ramadhan bagi tahun ini 1436, Allah semakin menunjukkan Kebesaran dan KekuasaanNya sebagai pemilik alam yang diciptaNya kepada ummat manusia yang menjadi makhlukNya…

Ar-Rabb mengutuskan apa sahaja yang dikehendakiNya apabila tepat masa yang disukatNya tiba.

Manusia!

Sekecil kulat dijadikan cabaran untuk kita menghadapinya saat habitat manusia semakin melupuskan habitat haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Manusia!

Usah disangka perkara besar yang dinanti tiba

Bila kulat kecil membuktikannya hidup oleh semburan racun

Jadikanlah istighfar sebagai nyanyian hati

Tasbih tahmid selawat biarlah menjadi suara yang berlagu merdu di bibir kita

Manusia!

Ramadhan menganjurkan agar rumah kita menjadi tempat yang didiami tanpa rasa ingin meninggalkannya

Ramadhan menjadikan masjid sebagai pilihan yang utama selepas rumah untuk didiami ….

 

‘Berikanlah kami rahmat dari sisi Mu Ya Allah

Sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam setiap urusan kami.’

 

 

Puasa itu menjernihkan perasaan…

Disiplin rohani yang membuatkan tidak banyak berkata-kata, tidak berjalan-jalan ke premis perniagaan, kesibukan tidak menjadi muslimin dan muslimat yang berpuasa tidak berputus asa…

Televisyen masih dengan dasar langit terbuka… walaupun para malaikat menyusuri setiap malam laluan di angkasa hingga ke langit dunia …

Siapakah yang pernah melihat malaikat yang dicipta dari cahaya suci itu?

Siapa?

 

Mungkinkah para malaikat mencemuh susunan makmum yang berjamaah?

Sering fikiran ini berputar-putar setempat tanpa upaya diajukan pertanyaannya kepada sesiapa…

Cetus rasa seorang makmum yang hanya dapat rukuk dan sujud di atas angin ini bukan semata-mata tersinggung hati menjadi makmum kelas kedua, tetapi ia tertanya apakah makmum tidak memiliki pengetahuan untuk dipelajari supaya para makmum mempunyai adab?

 

Apabila hanya seorang makmum sahaja berdirinya ialah di sebelah kanan imam.

Apabila para jemaah terdiri dari lelaki, perempuan dan kanak-kanak lelaki, saf pertama adalah bagi makmum lelaki, saf kedua adalah makmum kanak-kanak lelaki dan saf ketiga adalah makmum bagi wanita.

 

Apakah adab ini juga mahu dipolemikkan?

Bagaimanakah boleh wujud fikiran bahawa adab ini mendiskriminasikan sesiapa tatkala syarat bagi imam yang mengimami solat ini adalah lelaki?

 

Siapakah yang terfikir dia dianiaya oleh adab makmum ini?

Secara peribadi saya berasa seakan-akan tamaddun dan peradaban yang dikatakan moden oleh kemajuan zaman itu menjadi racun minda lantaran kecerdikan itu upaya menjadikan manusia bingung seketika oleh kecerdikannya sendiri!

 

Ramadhan kali ini benar-benar membuatkan saya rasa bahagia.

Ya kerana Allah memakbulkan sebahagian dari doa-doa saya yang antaranya apabila ditakdirkan masa untuk saya mendapat menantu kian hampir…

 

Alhamdulillah Allah.