Kesam Malam

 Malam cahaya menggema sinar minda untuk terasa sesuatu tatkala catatan saya dibuang tidak diterima kerana berbeza bahasa bermakna berbeza makna.

Jauh-jauh terpinggir 14 April  dua tahun yang lalu perlahan dicatat kiriman jari, bagaimanakah akta dan peruntukan undang-undang memberi kesan kepada sistem yang sedia dipertahankan sehingga kekeliruan menjadi dorongan untuk saling berbantahan.

 

Biarpun telah lama dan banyak sekali pengalaman dilalui, seakan-akan ianya tidak mematangkan diplomasi andai mempertikaikan demokrasi pada amalan kaedah penggunaannya

 

Malam cahaya menggema sinar minda untuk dicela.

Menaakul bertartil perlahan mencari makna ayat-ayat di dalam Al-Quran.

 

Jauh-jauh tersingkir 14 April dua tahun yang lalu segera diutus kiriman jari,  bagaimanakah keyakinan warga harus ditangani oleh kelemahan yang mengundang pelbagai  pertikaian tatkala ia jelas bukan khilaf bentala kendiri untuk nilai berperibadi?

Malam cahaya menggema sinar jiwa untuk dirasa.

Jauh-jauh tercoreng 14 April dua tahun yang lalu segera diutus telahan jari, bagaimanakah kepimpinan diteladani agar tidak hanya diadili tetapi juga berhak untuk dihakimi? 

( Saya tidak bersetuju dengan kaedah menggunakan Wikipedia bagi perkataan yang dipilih oleh moderator untuk dikaitkan perkataan tertentu di blog ini bagi dipertalikan dengan makna tertentu.)

Malam-malam dinihari sendiri beremosi.

Upayakah dinafikan dalam membina tamadun peradaban kemanusiaan bererti membina pentadbiran yang menguruskan kekuasaan?

Membina pengurusan pengagihannya dengan kejujuran?

Kita tidak memerlukan mimpi jika dibenarkan tafsir Al-Quran untuk diselidiki.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s