Pura-Pura

Menjelang suria mulai mengundurkan diri, kiriman sms penghebahan diundang perhimpunan warga sebagai tanda setia bersama penderitaan warga Gazza dan Palestian memasuki peti simpanan telefon bimbit.

 

Sejak berada di sini inilah kali pertama memasuki stadium sukan yang menjadi fokus utama aktiviti-aktiviti pemerkasaan warga Qatar agar peka dan mendenyutkan semula kelesuan degupan pemuda pemudinya yang sering dikenali sebagai belia pesona yang leka.

 

Berhiaskan rembulan yang tersenyum di dada angkasa, udara puputan bayu yang segar dek perubahan cuaca, suara-suara pemudanya masih belum nyaring bergema dan memerlukan pimpinan untuk lantang bersuara.

 

“Lihat mak, dalam masa yang singkat kiriman pesanan ringkas berjaya memenuhkan tempat duduk utama stadium, andai ia diurus dengan lebih awal lagi pengumumannya pasti stadium ini penuh.” Suara yakin anak gadis sering menyembuhkan jiwa.

 

Beberapa kali ladungan air mata dinyahkan dari gugur, meski tidak sepatah bahasa lain digunakan, kami berdiri menahan rasa. Ditawarkan berkali-kali agar menduduki kerusi-kerusi yang masih sedia menerima tamu, lantaran kesempatan yang dirayu untuk ke acara ini perlu dihormati, undangan ditolak walau dengan sedikit emosi.

Masih belum separuh acara bermula kami terpaksa meninggalkan perhimpunan.

 

Aktiviti bersendirian kami pada 1/januari/2009

 

 

Mereka di sini sangat bernasib baik kerana hidup di dalam keselesaan yang dikurniakan nikmat rezeki melimpah ruah oleh Allah.

Perjuangan-perjuangan masih memerlukan pengkaedahan penghayatan sejarah silam yang mengintelekkan peribadi mukmin seorang muslim secara profesional.

Keuntungan memiliki rangkaian rakan-rakan barat masih tertakluk pada sudut memelihara hubungan tetapi masih rendah penghormatan dan penghargaan perbezaan aliran pemikiran untuk berpendirian.

Namun sesuatu yang jelas bumi anbiak ini melaung gema seruan panggilan jihad kepada jiwa-jiwa yang perkasa.

Sejarah-sejarah kronologi di kuliah direaliti tawaran bersengketa masih belum bersahut.

Wahai Badan Dunia, Gazza ditawarkan peperangan.

Minda semakin jelas padah kata,’apa dipergantungkan pada bicara pemimpin yang tidak tahu membuat keputusan?’

Bukan tanah air Amerika yang diperlukan penantian untuk dipertahankan !

Kewarasan dialu-alukan bukan lagi idea yang dituntut pertukaran !

Tidak sukar dinafi bahawa Gazza menyatukan fikrah-fikrah yang berbeza di medan globlalisasi.

Kukuh lisan bahasa ibundanya mentakrif, ‘kami hayati kemiskinan yang ditawarkan’.

‘Penguasa kami lebih mengetahui apa yang kami perlukan.’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s