Wanita

Saban waktu ketika di saat dalam kelelahan
Pada masa senggang yang sepi
Terlihat wajah yang menghiasi dada akhbar
Ditatapi lantaran
Langkah-langkah yang mengujakan
Oleh kedahagaan pada ilmu pada kebijaksanaan
Umpama gelombang yang sentiasa beralun melingkar lembut nan deras
Pada saat yang tepat
Memercukan kejujuran peradaban.


Masihkah mahu diulang bicara adil yang benar?


Saat Kota Emesa yang dihuni Nasrani yang mengikat jizyah atas janji
Pajakan yang diunjukkan perlindungan
Dikembalikan sepenuhnya
Lantaran
Ketidakupayaan muslimin memelihara jaminan keselamatan di waktu perang
Bukan muslimin berlepas tangan
Tetapi
Muslimin tidak mahu memungkiri janji
Mampukah Eropah melupainya?
Pada titis airmata moyang mereka
Penuh harapan mengungkap rasa
“Agar Tuhan mengembalikan insan seperti kamu buat kami”
Lantaran Abu Ubaidah mahu Kota Emesa terus aman
Bukan kerana Muslimin gentar
Tetapi pengabdian etika oleh pengubudiahan pada Allah
Setiap masa biarpun di saat getir
Iman tetap tidak terusir.


Percayalah dan yakinlah
Insan yang berjaya adalah mereka yang membawa bersama
Insan lain untuk berjaya bersama mereka.


Percaya dan yakinlah
Usaha itu boleh dilaksanakan
Bersabar dengan iman
Berakhlak luhur berani kerana benar
Berkhilaf akur dengan jujur.


Allah selalu Kasihkan kita
Dia mahu kita keluar dari lingkaran kejahilan
Demi
Memandang ke arah masa hadapan
Untuk generasi yang diwarisi
Yang akan berhadapan dengan ‘tamadun dajjal’ yang canggih
Tetapi merobekkan iman.


Kasihi mereka yang berbuat taat kepada Allah
Hormati mereka yang membenci kita
Menyintai cinta dengan seluruh keupayaan
Yang teriring oleh iman, tawadhuk, sabar dan memaafkan.


Mari bersama kita berdoa
Pada doa yang berserta dengan amal
Tidak doa yang miskin usaha
Doa kita terungkap bersama pengorbanan
Kesukaran dan ikhtiar yang jujur.


Hormat buat seseorang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s