Gazza

Berdasarkan seruan untuk menghapuskan kemiskinan di serata benua bagi meningkatkan taraf hidup menerusi pendidikan yang menjamin keseimbangan sosial dan ekonomi yang disebut oleh pemimpin-pemimpin dunia dan menjadi sebahagian dari perjuangan pertubuhan NGO yang juga merupakan pejuang-pejuang kemanusiaan mengapakah Badan Dunia masih dipayungi oleh keinginan yang menghasratkan dipancing keamanan berumpankan ‘jerat’ pembalasan yang mewakili kemahuan negara-negara tertentu ?


Apakah ciri-ciri yang membolehkan sesebuah negara itu dianggap layak memiliki taraf ‘super power’ dan dari keperluan yang bagaimanakah harus di alaf kini penstatusannya menjadi tanggungjawab yang membina imej baru terhadap menyakini prinsip membina ummah yang meuniversalkan kebenaran dan keadilan adalah dari bimbingan wahyu Allah?


Apakah istilah yang diterima-guna terhadap sesebuah kerajaan yang terbentuk oleh demokrasi tetapi dianggap tidak sah oleh sukarnya memberi kepercayaan untuk marhaen bersuara?


Sering isu kemanusiaan dan keamanan meminta dibantu ulas terhadap makna perkongsian ekonomi yang adil tanpa pengeksploitasian terhadap sumber-sumber yang ada dan bagaimanakah jaringan yang mantap dan telus dapat dibina hingga kesejahteraan dari berbagai aspek dapat diimbangi tanpa wujud pertindihan guna kuasa antara pentadbir penguasa pemilik dan rakyat?


Bagaimanakah ketidakbolehan dan ketidakmampuan untuk mengenal pasti masalah-masalah asas menjadikan kecelaruan buat setengah marhaen menikmati keamanan?


Bagaimanakah kuasa veto menjadi penyumbang ke arah perlaksanaan keamanan dan perdamaian tercapai?


Tidak harus dengan wujudnya isu-isu sentimen ia dianggap akan mengorbankan semangat dan keinginan oleh sikap yang tidak tepat diambil untuk menjadikan matlamat tercapai.


Generasi perlu melihat realiti bagaimana tanggungjawab sentiasa akan berhadapan dengan stuasi yang memerlukan perencanaan dan perancangan dikaji kerana membentuk kekuatan pemikiran kesannya mematangkan tindakan dan tidak terlalu emosi dijadikan sandaran.


Melihat pada perumpamaan di dalam kegiatan ekonomi sekiranya wujud pembatalan perjanjian dan menjadikan penetapan harga barang-barang dikawal sepenuhnya bagi meningkatkan keuntungan yang berlebihan bagaimanakah suasana ini memberi kesan kepada sosial dan adakah penyelesaiannya akan membawa kepada penyerlahan etika yang menyusutkan jiwa berkasih sayang yang kesan pengamalannya adalah membina penyatuan?


Adakah Rasul sallallah hu alaihiwassalam memperdagangkan tawaran di dalam mesej universalnya ke arah reformasi pengislahan membina peradaban kemanusiaan yang bertunjangkan hanya keesaan kepada Pencipta untuk meramaikan jumlah yang masuk ke syurga,dengan kekuasaan dan kekayaan?


Rasul terlebih dahulu memahami erti demokrasi tanpa mengakui dirinya sebagai Tuhan melainkan hamba yang menjadi ikutan sebagai Imam yang adil.

One thought on “Gazza

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s