Pura-Pura 2

1/11/2008

2040

Gazza, bagaimanakah penganiayaan ke atasmu upaya memejamkan mindaku?

Bagaimana upaya terbuta mataku untuk tidak dilihat ia sebagai perbuatan radikal di dalam sosial masyarakat moden ini?

Gazza, bagaimana jiwaku tidak tersumbing untuk menelan bahawa ia cernaan darii kewujudan ketidak adilan, ketidak seimbangan, ketidak harmonian, ketidak benaran dari pewarisan kuasa oleh kepimpinan yang lemah kerana rasuah di dalam memenuhi keperluan pelobian dan pelaburan wang demi hanya nama untuk dicalon?

 

Menjawablah Gazza, mahu dikau ujarkan ia sebagai demokrasi terpimpin?

Atau dikau mahu membenarkan bahawa ia diperoleh oleh kemajuan dari kemakmuran yang tidak stabil kerana keperluan wang sebagai penentu kepimpinan?

Gazza, bagaimanakah keadaan seperti ini dianggap sebagai kelengkapan dan objektif penubuhan sebuah negara dan peradaban yang moden?

Gazza, akhirnya daku tidak berupaya melangsaikan kesahihan hubungan wang kini diperlihatkan sebagai cara dan kaedah mewujudkan kerjasama.

Lantaran buatku Gazza, keadilan tidak wajar ditentukan oleh wang kerana kebolehan dan kesediaan untuk melindungi hak-hak warga mudah diabaikan, kerana tidak kesemua warga memiliki kecukupan wang untuk mendapatkan atau meraih simpati perhatian untuk terlaksananya undang-undang ke atas mereka.

Meminggir sebentar Gazza.

Apakah Dewan-Dewan Mulia bukan menjadi tanggungjawab bersama yang tidak wajar dipengaruhi oleh hanya satu gema?

Di manakah kemuliaannya jika undang-undang mencerakinkan unit-unit perwakilan mengikut jawatan bukan mengikut kewajipan amanah menyuarakan peruntukan yang diberikan sehingga membolehkan keistimewaan Parlimen dipertikaikan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s