Saya Bukan Generasi Wawasan/Hadhari

 Bahasa yang difahami adalah membina komunikasi.

Bagaimanakah kesejagatan sifatnya apabila komunikasi tidak mudah menginteraksikan antara warga semasyarakat ?

Kekeliruan pada pemahaman lantaran pembinaan maju hanya pada teknik kaedah yang membawa berjenis kreatif penghasilan yang bermatlamatkan perniagaan.

Deria tidak terdorong kepekaannya apabila bahasa tidak dapat dihayati oleh mereka yang perlu dibantu tingkatkan taraf dan status pembangunan diri.

Mereka tidak upaya menghayati maklumat yang disampaikan oleh media yang bersifat pelapor.

Bukti bahasa tidak tepat difahami apabila orang melayu yang beragama Islam diberitahu dari pesanan Kekasih Allah Sallallah hu alaihiwassalam , “apabila kamu bersikap benar kebaikan itu akan membawa petunjuk ilham dan mendekatkan jalan ke syurga mendakapkan diri dengan Allah. Apabila kamu berdusta ia menanda derhaka yang membawa murka dan mendekati neraka lalu terjauhlah  diri dari Kasih Allah Subhanahu Wataála.”


Kematangan berbahasa membuka tanya, apakah budaya yang mahu kita tampilkan di dalam kehidupan yang mengintegrasikan ekonomi untuk memulihkan kemiskinan, kelaparan kebuluran akibat pelarian yang  dikejar oleh penindasan dan diskriminasi lantaran tanah tidak berbumi, air tidak mengalir, udara tercemar tidak hanya dari catuan atau kekeringan simpati, ia juga lantaran klorin berbromoform dikloroformkan sehingga menyejatkan sebatian baru tanpa oksigen yang menanduskan geliga akal, sehingga didodoi berimpi igauan menjadi primadona yang dicaskan dengan aliran medan magnet untuk menjadi pesona nan grata.

Bagaimanakah radas teknologi dijadikan alat bantu menterjemahkan realiti bahasa untuk mendekatkan yang jauh, menyebati aslikan kemahuan dan hasrat diri , tatkala yang terkulai adalah jati diri dan identiti bangsa?

Bangsa tidak bernegara atau negara yang berbangsakah tatkala masih wujud penafian bangsa arab mendiami negara yahudi dan dinafi bangsa keturunan Monggol berkongsi tanah air di Myanmar dan seumpamanya.


Tekanan-tekanan apabila berterusan akan menyebabkan membran minda mudah dijangkiti radang virus yang mewabak kesan dari lunyaian kolestrol makanan mudah, cepat dan ringkas penyediaannya  yang diiringi tegukan minuman ‘lazat’ karbonat/beralkohol menghangat hati memberi tekanan lantaran pengtoksidanan menanahkan barah oleh pengucupan otot-otot sangkar dada semakin lemah.

Adakah ini akan mewujudkan kecacatan indera dengar kerana bahasa tidak mengadunkan bunyi-bunyian yang meresapkan keinginan bertanggungjawab terhadap kepudaran harga keinsanan?

Bagaimana wajar berterusan dinafikan peranan bahasa ibunda menjadi pemangkin mempercepatkan pertumbuhan dan ransangan perkembangan teknologi sains dan penyelidikan yang meningkatkan penggunaan tenaga mahir dan tidak mahir tanpa mendominasi dan didominasi?


Bahasa itu mencernakan akal mencahayakan hati lantaran memahami proses upaya menghadami gagasan berpengetahuan. Menerusi bahasa upaya dilihat gagasan wahyu yang melimpahi zaman dan menaungi generasi yakin berkemandirian.

Saya kesal dan amat kecewa dengan kerajaan BN.

Malu dengan jenama tanah air yang mudah diduplikasikan sumber halalnya dengan  mengadaptasikan jenama-jenama lain yang kini mulai dipergunakan secara berleluasa oleh negara lain yang bukan beragama islam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s