Antah

29/2/2008

0056

 

Kita menjadi lemah apabila tidak mengetahui kekuatan yang dimiliki hingga bersebati kelemahan menjadi sikap dan imej diri.


 

Sinis dengan tabiat ingin melahirkan keamanan demi menggerakkan aktiviti kemanusiaan tetapi penganiayaan saudara sendiri tidak upaya diletakkan undang-undang untuk melindungi.


 

Merdeka jiwa yang bebas untuk kemajuan hanya dicapai dengan usaha perjuangan bukan ditongkatkan dengan ehsan insentif pemberian yang menghipokrasikan moral untuk beretika.


 

Bagaimanakah upaya masyarakat kita benar-benar tidak terjaja yakni  tidak dijual belikan?


Saranan dan simposium sudah menjadi sekadar tabiat bukan hasil yang melahirkan daya untuk bertindak?


 

Realitinya impreliasme kini beracuankan teknologi yang akan terus melahirkan penggemarnya.


 

Kini masa untuk bertindak bukan lagi bersimposium untuk melahirkan akal untuk membina insan generasi masa depan sedangkan generasi hari ini entah di mana?


 

Wajah sebenar Amerika dan sekutunya sudah tidak lagi upaya disembunyikan realiti pendirian mereka bahawa keamanan hanya terhasil menerusi keganasan dan kita ditunjukkan jalan untuk berasa bersalah kerana tidak menghayati ketinggian peradaban manusia yang meluhurkan kemuliaan moral andai menyahut seruan dan gesaan mereka dan pada masa yang sama sikap bacul dan penakut terus tersemai oleh dilemma yang dihalunisasikan menerusi minda intelek memerlukan alasan untuk membenarkan pendirian dipihakkan.


 

Terasa hampa apabila terzahir media-media amat peka untuk memberikan kemenangan kepada bakal penggubal dasar yang akan terus memiskinkan negara tertentu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s