SAPAAN BUAT SISTER HARB

2/7/2008

2125

 

Bahu siapakah yang sudi memikul duka ummah

Setelah jelas khilaf yang terus khianah?

Penawar yang ditemu yakin menyanggah

Idol kita adalah Rasul yang amanah.

 

Kita berkongsi resah

Oleh pemujaan yang berlimpah ruah

Remaja kita menyoal tanpa hujjah

Bahawa terlalu banyak yang perlu diendah.

 

Bukan kerana kita menghitung jasad yang gagah

Bukan kerana warna yang mahu digugah

Tidak juga kerana rupa atau wajah.

 

Tetapi ikon kita masih mendenyutkan sejarah

Masih Rasul tidak upaya dilupus oleh hasad siasah

Masih Rasul itu menerbitkan ribuan gerak berkaedah.

 

Keliru kita oleh catatan yang tidak mahu diubah

Keliru kita oleh karyaan yang berhakikat telingkah

Senyuman kita dirundung senja yang sering merah

Alir warna birunya diladung tasik merah !

 

Bagaimana upaya kita abai kata-kata Ibnu Majah

“Sesiapa yang menyembunyikan sesuatu ilmu ilmiah

yang miliki manafaatnya untuk manusia dari Allah

di dalam urusan agama pasti neraka itu dijauhi kepanasan darinya

pada yaumal kiamah.”

 

Malang muslimin kita sekadar mendengar khutbah

Muslimah pula saat berhadapan wang dan nama upaya menjadi lemah

Mengadaptasi segalanya secara lumrah tanpa amanah.

One thought on “SAPAAN BUAT SISTER HARB

  1. Rasanya saya menemukan nama ini dari forum laman website group wanita arab yang menggunakan bahasa inggeris sekitar tahun 2006… (waktu itu saya sering elayari islamonline.com)…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s