Nestapa Minda

23/12/2008

0428-laptop

0548-HP

0927-waktu tempatan

 

Mengikuti Raudah Sakinah di udara memetakan rasa untuk diujarkan bagaimanakah memediakan minda di dalam proses mengislahkan masyarakat.

 

“Intisari dan isi yang perlu diislah.”

 

“Isi hati atau isi jiwa?”

 

“Seisi keluarga.”

 

“Pemikiran tidak termasuk untuk pengislahanmu?”

 

“Tidakkah akidah dan syariat terletak di situ?”

 

“Pemikiran itu diungkap sebagai kritikal dan menjadi khilaf untuk dimuliakan bebas ia bersosial.”

 

“Kamu mempertaruhkan pemikiran.”

 

“Setelah kamu menunjukkan teladan untuk politik diperjuangkan.”

 

“Bahasamu bertunjang kesamaran.”

 

“Setelah bahasaku semakin terabaikan.”

 

“Kamu menjaga luka diri.”

 

“Setelah dalamnya parut perasaan masyarakat.”

 

“Kamu hanya individu tanpa interaksi sosial.”

 

“Namun individu tetap berinteraksi dengan kegiatan siasah dan ekonomi sehingga melahirkan sistem dan kaedah yang bermulanya dari keluarga. Apakah mahu dipertikaikan bahawa keluarga itu juga merupakan jamaah?”

“Masih dikau membantah saya hanya kerana istilah kalimat pencerahan? Kerana itukah dikau masih mahu berada di utara Laut Adriatik?”  

“Renaissance itu kerana menentang gereja. Apabila pencerahan digunakan ke atas agama akidahku, ke atas syariatku ke atas hukum fikhku, sesungguhnya daku tidak tahu apakah yang dikau inginkan dariku.”

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s