Tahniah! Pemandai Warga

Sekembali dari tanah air,kami menghadirkan diri ke Pesta Buku Doha.

Terasa perbezaan berbanding kunjungan kali pertama  dahulu.

Pengunjungnya semakin ramai. Walau pun tidak perlu bersesak namun terasa perubahan suasananya. Perkarangan meletakkan kenderaan juga memerlukan padang berpasir digunakan. Susun atur gerai-gerai semakin mudah untuk dikunjungi. Masyarakat di sini mulai gemar membaca.

“Kerugian minda kita apabila tidak tahu berbahasa arab…”perlahan diluahkan rasa kepada anak apabila melihat susunan-susunan pelbagai jenis buku di dalam bahasa rasmi Islam tidak upaya disentuh. Rasa terhina dan aib diri sukar untuk dijelaskan.

Begitu banyak ilmu dan sumber pengalaman pengkaryaan hanya menjadi hidangan di mata. Pastinya sejarah abad dunia dan peradaban Islam menanti untuk dimonologkan oleh minda-minda yang kian hebat berpersepsi di medan gelombang berfrekuensi.

Kesemua  buku cuma dikerling dengan penuh kehampaan. Lambakan informasi dari buku-buku mengaturkan minda untuk memahami gesaan ‘Bacalah Dengan Nama Allah’.

Penterjemahannya sahaja membawa beribu daya berdikari untuk bermotif usaha.

Dari 114 surah peranan qalbu memfungsikan akal yang kecerdasannya bergantung penuh pada niat. Dari wahyu Allah yang berupa panduan hukum perlaksanaan keadilan perundangan kebenaran telah melahirkan berbagai fikiran diterjemahkan di dalam berbagai tindakan, diluahkan di dalam berbagai perjuangan, ditingkahkan di dalam berbagai pendirian namun akidah yang menjadi tunjang pengakalan minda untuk pengukuhan jasad kerohaniannya dicurigai dengan tindanan perasaan.

Apa yang diniatkan itu yang diberhasilkan oleh usaha.

Apabila agama digunakan untuk saranan permusuhan seperti membunuh dan pengusiran malah pemadaman khilaf-khilaf yang direncanakan misalannya agar disudutkan siasah dari kehidupan sehingga Keadilan Allah untuk manusia sebagai hambaNya terhapus oleh pengikonan memberhalakan sesama insan, pendewaaan yang tidak lagi bersempadan dan berbatasan menzahirkan kewujudan, sehingga tawadhuk Rasul (Sallallah hu alaihiwassalam) ) sebagai penginovasian pendidikan masih asing dan anih di kalangan kepimpinan.

Harus kerana itu modal insan diperdagangkan?

Bagaimanakah tidak berkumandang bicara perkasa, ‘usah daku diberi keutamaan  biarpun  dengan Yunus (aalihissalam).’


Apakah minda warga kini upaya diorientasikan untuk berbuat pahala berbanding dosa?

Apabila menyinggahi kedai-kedai buku waktu berada di luar negara kami sentiasa mencari-cari apa sahaja penerbitan di dalam bahasa melayu. Hakikatnya memang menghampakan.Tidak pernah ia ditemui.

Etnik ini masih kerdil dengan bahasanya di persada dunia.

“Iiiiiiiiii ”, anak gadis separuh menjerit sambil menggamit agar disertai dirinya yang sedang terkinja-kinja kegirangan.

Buat pertama kalinya kami bersua dengan apa yang dicari-cari selama ini. Sederet buku yang berlabelkan sebagai penerbitan di dalam bahasa melayu.

Rasa bangga sukar dipendamkan.

Anak memetik kameranya dan jilid keenam-enam buku ini ditawarkan dengan harga yang munasabah bertukar tuan.

Pesta Buku tanah air menggamit rasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s