Tata Susila

Tersua kembali catatan lama untuk diujar mula bertanya, mengapakah hiburan amat penting kepada media barat dalam ungkap kata mahu bermedatasi meluhur jiwakah atau mahu menghasratkan penjejakan duplikasi imej yang memberdayakan tenaga menjana kekayaan di sebalik kejayaan?


Roh yang memenuhi jasad menghidupkan jiwa yang dikemudikan oleh hati. Fitrah asal yang suci tanpa disedari akan tersumbing oleh gejala-gejala yang tidak mampu dikawal oleh qalbu yang mulai mengasimilasi keberkesanan gumpalan berbagai rasa.

Rasa itu ditumpahkan pada deria pancaindera.Miliki berbagai deria mampu menajamkan dan menumpulkan mata hati. Terbetik juga gusar hingga menerbit suara bagaimanakah mahu dijalin hubungan deria rasa dalam menikmati irama tanpa dihalakan naluri syahwat yang di dalam prinsip Islam ia antara unsur maksiat?


Irama menyumbang nada yang mengalunkan lagu bersarikata yang mempamerkan berbagai rentak laku namun ingin diujarkan juga berdansa di khalayak berpasangan adakah aksi budaya sedang dalam agama silu itu sebahagian dari iman?


Irama tergubah dari daya sensetif yang peka merakam imaginasi yang apabila benar pandu arahnya upaya dihayati oleh berbagai watak insan, bila diamati dengan rasa iktikad pengubudiahan kepada Allah, ia mampu menggugah isi nurani untuk sedar tentang hakikat kehidupan, wujud persimpangan nilai positif dan nilai negetif yang mengingini dibimbing suluh cahaya lantaran insan positif dan negetif sentiasa berada di persekitaran kita yang sedia diasimilasikan sehingga kita akan tertunduk tanpa arah, saat terjauh risalah yang mengungkap amar makruf dan nahi mungkar asas beribadah, memberi makna menyingkap surat yang tersirat untuk diserlah.


Rasa yang membelenggu bagaimanakah mahu memelihara akhlak agar apa yang didengar tidak meleka-lalai tidak menenggelamkan keseimbangan antara kewajipan dengan kemahuan khususnya terhadap remaja yang pada hari ini menjadikan hiburan sebagai satu keperluan?

Bermula dari niat yang baik diiringi oleh perbuatan yang ikhlas terzahir wujud perbezaan kelaziman berbudaya barat dengan timur yang cuba dipadukan menerusi irama yang perlu disedari upaya memudarkan kejatian identiti sesuatu bangsa dan meninggalkan kesan ke atas pemikirannya.

Misal niat menyemarakkan kasih antara suami isteri menerusi melodi ia adalah halal untuk dibangkitkan rasa saling memerlukan dan rindu apabila berjauhan, menjadi isu yang perlu ditangani apabila ia melibatkan pertautan jiwa yang berbeza jantina tanpa upaya dihindari unsur khayalan yang merosakkan perasaan akibat dorongan untuk mengundang kasih dan sayang yang tidak memuliakan nilai moral dan akhlak. Tidak mungkin yang halal itu upaya diindah oleh yang haram.


Berbagai tema dan saranan dengan pelbagai penghayatan dengan beragam kesan irama dari lagu berupaya mendidik menyubur semangat pembinaan nilai baik selagi ia tidak menyimpang dari kebenaran lantaran itu dengan jujur wajar diakui sudah sampai ketikanya agama dijadikan landasan untuk setiap kegiatan yang memproaktifkan generasi masa kini.


Realitinya di kesemua rumah radas eletronik telah menjelmakan kesukaran untuk diperbaiki cemar yang telah mengeruhkan suasana masyarakat dan sosialnya.Namun oleh kesesuaian zaman, anak-anak menggunakan berbagai cara untuk berhibur dan menjadi kewajipan bersama untuk mendorong dan memimpin mereka memiliki kesedaran moral yang baik menjadi cabaran kepada media hiburan untuk direformasikan agenda komersial mereka.

Umpamanya irama tradisional antara usaha dinamik yang mampu menyegarkan semula jati diri insan yang mendedahkan diri kepada akar umbi budaya yang meransang ke arah berbudi dengan luhur dan beraakal dengan sejahtera.


Akhlak terbina oleh budaya yang menyuburkan iman yang didokong oleh bahasa yang memiliki nilai estetika yang tidak hanya sebagai perantara ilmu tetapi bahasa itu membenih keupayaan untuk tidak mempertahankan kejahilan dan kesesatan. Justru kemajuan teknologi masa kini berupaya menghakis secara senyap jati diri dan melucutkan identiti budaya remaja apabila etika budaya barat tidak semua sesuai diikuti oleh mereka yag berada di timur.


Pilihan yang lain yang wajar diberi perhatian adalah kegiatan beriadah yang menuntun diperolehi ketenangan hati kesegaran rasa untuk berhibur mental yang wajar dilakukan secara tersusun untuk ditransformasikan kaedah berhukum syariat di kalangan para pelajar sebagai latihan memperkuatkan fizikal untuk diolah jasmani menjadi kuat zahir dan batin.

Wajar jiwa keperwiraan disantun untuk berbudi beramal atas desakan iman untuk mengenal dan melindungi hak yang perlu mendapat pembelaan bukan disemai benih kebencian untuk digalakkan permusuhan oleh pertikaian pengekalan kekuasaan.

Sekilas terbayang kemeriahan menerusi ‘aksi gadis-gadis pom-pom’ sebagai peniup semangat kesukanan sebenarnya tidak banyak membantu untuk memupuk sikap berasa mulia kerana masih pengeksploitasian wanita dilakukan secara rasmi dan agak sedih apabila ia mendapat persetujuan gadis-gadis itu sendiri.


Wanita dan lelaki tidak harus menjadi perumpamaan masuk tidak genap keluar tidak ganjil dalam memenuhi erti memberi fungsi diri.

One thought on “Tata Susila

  1. Benarkan zikrullah selawat (tanpa musik) alunan nasyed malah pembacaan kisah Ar-Rasul dan ahli syurga diperdengarkan menurut jurusan bahasa di pengangkutan udara supaya malaikat menebarkan sayapnya…Hati juga upaya berbicara tatkala asas akidah sebahagian besarnya berpusat dari hati…emosi perlu dipimpin oleh akidah bukan akal semata-mata.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s