Generasi Membina Zaman?

Beberapa hari yang lalu terpaan anak yang keras kemahuannya membolak-balikkan hati.


Bukan hati sahaja yang tunggang terbalik tetapi seakan-akan kehidupan menjadi tidak terimbang untuk disedarkan akal yang terpukul oleh hakikat dajalan yang menaakul pemikiran.


“Kritiskan pemikiran!” seperti disergah oleh suara halimunan.


“Fokus… fokus!” seakan diseru oleh bisikan perasaan.


Terdiam terkedu malah terpana untuk diluahkan bagaimana harus ada nilai 10,000.00 untuk sehelai kertas kecil buat meraih gelar penonton.


“Kebajikan…kebajikan! Fikir dengan fikiran bukan perasaan,” disergah lagi sang halimunan.


“Penonton yang mendapat gelar pembeli murahan juga sedia mengeluarkan nilai 1,000.00 untuk empat helai kertas kecil untuk turut mendapat gelaran.”


“Duit dia bukan duit orang,”perasaan menggoda.


“Pengamal sikap berjimat dengan tabiat mengambil masa yang panjang sebelum keputusan tetap berpendirian diambil, sebelum isi dompet bertukar tangan! kini mudah …”


“Cemburu?”sergah halimunan yang tidak tahu malu,memutus ujaran.


Saban saat fokus penurunan indeks bursa umpama mengundang bencana yang menjadi penyeri akhir zaman, sehingga  menawarkan kemelut fikiran keluarga memikir-mikir keperluan untuk keluar bersantaian buat ditukar-tukar perasaan… sesekali umpama hasutan yang mempersenda kemanusiaan.


Seperti akan kiamat dunia oleh penasaran.


“Begitukah maksud cemburu wahai perasaan?”


“Kerana itukah ditempa hiburan hingga jiwa tidak siuman?”


Tidak teruja mahu melayani Cik Halimunan yang dituba perasaan.


Namun tidak pernah dilupa pernah diucapkan sukar mahu mengenepikan trauma berhadapan dengan hari Rabu…pada kitaran seratus tiga tahun yang lalu pada saat lingkaran paip-paip minyak yang berhari-hari membakar San Francisco lantaran gegar gempa bumi tidak upaya dipadam, sehingga dicatat sebagai memiliki persamaan kesan kebinasaan yang dinatijahkan oleh ledakan pecahan atom di Nagasaki dan Hiroshima.


Susun lingkar alam yang diterma seliakan oleh manusia yang sedang pesat dengan kemodenan dan perubahan zaman oleh pesaingan kuasa dan kemajuan perindustrian apakah menjadikan ditentu pilihkan wilayah dan lokasi untuk diunjukkan ketiadaan keamanan?


Faktor alam itu sendiri tidak membinasakan tetapi faktor percaturan manusia oleh kerakusan banyak melumpuhkan kewarasan yang menatijjahkan pencemaran dan kerosakan apabila pengkhianatan bukan menjadi kesalahan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s