Mac Yang Tidak Bermimpi

Kurang sesaat jam tidak akan berdetik

Kurang sehari tahun tidak akan berganti

Umpama payah dilamun ombak tercapai juga tanah tepi

Umpama pergi tempat bertanya pulang ke tempat berberita

Lemah tidak upaya membela

Kuat tidak pula berkuasa

Di manakah khilafnya duhai Bonda?


Saat ghairah Asia ingin merdeka

Struktur Kristal kaca dibina menjadi arca

Anak-anak melonglai tanpa budaya

Masihkah pertiwi ingin bersandiwara?

Berganding nusa seibu bonda?

Sedang anak sudah mulai hilang genggaman cinta

Mengubat luka budaya ditransmilasikan wajah dan rupa

Menawar bisa budaya

Hilang bangsa tanpa nama

Hilang bahasa jiwanya lara

Pudar agama batin tidak tersiksa?

Apakah lagi yang masih berbaki Bonda?

Selain

Sembah ampun

Kerana

Kasih masih bersisa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s