“March” Yang Mengujakan

Waktu membelek tajuk “Mengapa Kami Bantah” tidak sedikit pun terfikir apa-apa melainkan tertarik kepada kulit buku yang mengesankan nada dan bahang kemarahan,sekitar hampir dua tahun yang lalu.

Bahasa dan isu utama yang dikupas tidak dapat hinggap ke jiwa marhaen yang sering menggalas idea-idea perlaksanaan dasar-dasar baru yang dijiwai sepenuh raga mereka sebagai pengguna dan warga ,yang turut menjadi rakan kongsi sebagai penduduk yang menempat ruang-ruang petempatan yang dirombak ubah dari masa ke semasa sehingga ada di antaranya menjadi termelarat merempat disekat di tempat-tempat sesak menyendat.

 

Kekritikalan keewangan marhaen ini jarang-jarang disumbangkan oleh pembangunan melainkan sering tusukan sosial menjenayahkan kebanyakan usia-usia belia warga kelompok ini.

 

Buku ini kemudiannya dihayati menjuruskan ke arah penyatuan langkah-langkah awal warga untuk kukuh berpadu mengimpakkan suara diplomasi adalah suara hati umpama bagai diperlukan rembesan melatonin yang tatkala enzim-enzim oligo paptida bromolin dan papain bergelumang dengan amino juga haidrat, serotonin menyuburkan otak untuk tidak diturutkan rasukan hasutan amarah yang mengundang jelak oleh darjah-darjah cemburu?

 

Buku ini seandainya diperhalusi mampu memberi nafas baru di dalam mendepani kemelut konflik yang semakin melemahkan kuasa-kuasa utama yang secara sengaja melupuskan kemandirian kebolehan warga masyarakat dunia untuk mengendalikan potensi dan wibawa diri sendiri.

 

Mendidik warga agar menjadi pandai sudah semakin kukuh menyebati diri oleh pengalaman warga dewasa tidak sekadar mendidik tetapi mengadun galur kematangan membernaskan idea yang sanggahan bukan semata-mata menafi bahkan menterjemahkan kekuatan nilai akal yang membudi tanpa diraih oleh keinginan peribadi.

 

Apalah yang dimahukan oleh individu yang akan menyerahkan watikah penolakan bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik itu?

Pastinya bukan kekayaan.

Usia mereka menterjemahkan sejarah.

Usia mereka menzahirkan arah.

Usia mereka memfungsi kudrah.

Hanya untuk warga generasi mereka yang diharapkan tidak tersekat perkembangan kemahiran fikirannya.

Fungsi akal dengan perkembangan daya usaha.

Mesti menggunakan bahasa kerana akal dan minda itu berbicara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s