12 Rabiul Awal

Semalaman pembicaraan sukma jiwa muslimin terarah kepada kemuliaan jasad yang disediakan syurga buatnya.

Persempadan minda tidak upaya merungkai bagaimana susuk tokoh yang menjadi Kekasih Pencipta Alam disisihkan.

Sedangkan perubahannya masih memukau sejagat denganprinsip kebebasan memuliakan sesama insan.


Beberapa hari yanglalu dipaparkan wajah pemimpin hebat dunia yang dicabar oleh kegagalan untuk membawa perubahan kepada dunia.

Ukuran yang bagaimanakah mahu disukat untuk diasingkan di antara pemimpin yang baik dengan pemimpin yang sebaliknya tatkala sering diwawacarakan wujud warga yang rugi untuk berterusan menyanggah kuasa utama yang jelas membuktikan sesekali waktu pemimpin itu tidak penting lantaran yang penting dan utama adalah maruah setiap jiwa setiap warga setiap manusia yang merdeka untuk tidak mudah direndah dan diinjakkan oleh orang lain.

Kerugian akan melahirkan para ‘syaithon’ kerana saat sedang berada didalam kekurangan, keilmuan tingginya hanya mencemarkan.

Lantas anak-anak sahaja sering akan berasa takut berbanding dengan orang yang lebih dewasa.

Lantaran anak-anak lebih memerlukan teladan berbanding kritikan berbanding dengan orang yang dewasa yang lebih memerlukan kritikan untuk dijadikan sempadan.

Karisma siapakah yang akan kita wacanakan?

Diteorikan bahawa kesan atau natijah yang sedikit upaya dihasilkan adalah ditinggalkan oleh kalangan individu yang sedikit kemahiran dan rendah kepimpinannya!

Mari kita tanyakan apakah nilai sebuah merdeka jiwa dan merdeka sebuah negara andai masih perlu berterusan didanakan oleh wang atas nama kebajikan?

Mengancam dan mengugut bukan kelaziman untuk warga yang merdeka melainkan oleh petugas yang tidak upaya untuk berkata jujur kepada majikannya tidak, kepada perkara-perkara yang salah dan tidak benar.

Wajar diwar-warkan nilai kemerdekaan negara atau warga yang

mahu dihayati oleh para imprealis dan bekas penjajah?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s