Cerpen Tusukan Duka

Dua puluh tahun yang lalu…

Setelah pernikahan, pasangan pengantin ini perlu menziarahi sanak saudara di sebelah pihak lelaki di dalam majlis bertandang ke salah sebuah negeri menuju ke selatan tanah air.


Suasana penampilan yang berbeza oleh gaya dan cara penonjolan sanak saudara barunya ini menjadikan pengantin perempuan termanggu sendirian.

Dia tidak mampu meluahkan kepada lelaki yang baru dijabkabulkan untuk menjadi bahu tempat segala rebahan keresahan dialirkan.


Lalu dilazimkan  kebiasaan kewajipan akan menyemarakkan kasih, amanah akan meneluskan sayang, tanggung-jawab meluhurkan cinta manakala suaranya dari bahasa agama.


Orang bandar dan orang kampung tetap ada perbezaannya.

Tidak semua ciri perbezaan ini upaya dipadamkan apabila kemajuan memperbaharui zaman wajar wujud waris tradisi yang tidak mengorbankan nilai dan susila berperadaban.


Akhlak dan adab bersantunan. Budi dan jiwa menggandingkan keserasian. Agama tidak ditempatkan disisian.


Keterasingan dan kesendirian itu minda dan jiwanya  diumpama:

“Tatkala kecil bernama muafakat

Tatkala besar bernama adat

Si Raja adat kepada muafakat.


Air melurut dengan bandarnya

Benar melurut dengan pakatnya

Negeri bertumbuh dengan adatnya.

Muafakat lalu di dalam gelap

Adat lalu di tengah terang

Hilang adat kerana muafakat.”


Jika ada Pemuda yang Mengingati Syurga pasti juga ada Pemudi Ingin Menjauhi Neraka.


Pengantin perempuan tidak sentiasa membenarkan diri untuk meluahkan perasaan waktu menghadam imbasan di tempat kelahiran sukar ditemu apa yang terzahir di depan mata saat itu.


“Tempias dari Kota Singa yang mendapat naungan belaian Inggeris,” minda pantas meluncurkan leteran.


“Permodenan pembangunan yang membuka kesediaan untuk perkahwinan berlainan pegangan adat kepercayaan semakin menyusutkan jati asli bangsa ini yang di dalam diam, memendam luka berdarah ke atas kesedaran beragama menuntut untuk peka memelihara keutuhan siat berkasih sayang,”minda semakin laju mencemuh jiwa sendiri.


Ini pengucapan bisik suara pengantin dua puluh tahun yang lalu ke atas dirinya sendiri dan tidak ada pertalian dengan yang sedang  berlaku masa  kini !


“Apakah benar susila bukan dibina dari pendidikan?”


“Mereka begitu cekap dan pantas menyusun aturan untuk menguasai pimpinan!”


“Tidakkah kamu bertingkah seperti pengkhianat kepada saudara sendiri?”


“Merekalah pengkhianat ke atas kejujuran saya,”perlahan antara dengar dan tidak keluhan yang perlahan.


“Apakah tegar dirimu membakar kelambu kerana marahkan seekor nyamuk?”


“Jiwa, dikau terlalu mengapi-apikan bara yang menghangat sekam. Api tetap tidak mahu menyala wahai jiwa kerana dikau menzahirkan pancaran ugutan bahawa ludah yang tinggi bila dijuihkan hingga ke langit, ia akan menimpa ke muka sendiri!

Usah dikau lupa jiwa, parut hanya ditinggalkan oleh luka yang telah sembuh.”


Permaisuri raja berurap-urapan, lipas di dinding ditimpa perasaan. Zaman yang lama berlalu usah mahu diulang-ulang!.


“Hilang adat kerana muafakat.” – bahasa melayu pun memandang jauh ke hadapan bukan hanya bahasa inggeris atau bahasa wawasan.”


“Perkongsian bijak FTA perjanjian dan Piagam Media Memonopoli – trend semasa yang berfokuskan perdagangan memenuhi keperluan pasaran,”sukma membisik perlahan.

One thought on “Cerpen Tusukan Duka

  1. Suami saya orang Johor Bharu. Pertemuan kami diaturkan oleh rakan tetapi persetujuan kami untuk berkahwin ditentukan oleh kami sendiri tanpa dicampuri oleh sesiapa dalam membuat keputusan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s