Sendi-Sendi Sepi

“Wajarkah pendidikan dikomoditikan jika ia asas kepada pengukuhan peradaban?”sengaja minda membentak jiwa.

“Adakah pendidikan tidak menjadi sebahagian syarat kekuatan tamadun sehingga pemindahan penguasaan berterusan berlansung?”minda mendesak rasa.


Semakin jelas buat jiwa menghayati natijah minda memesinkan manusia.


“Inisiatif untuk menyelidik hanya milik orang bijak sahaja? Bagaimanakah makna keseluruhan pendidikan kepada yang terhalang untuk meneruskan pengajian?”berpinar minda disekat udara ke daerah frontal otak mendengar bentakan jiwa.


Pagi ini anak-anak mulai menggunakan pemikiran di bawah sedarnya.


“Kos untuk menduduki peperiksaan yang sama di tanah air lebih RM 20 berbanding di sini dengan pilihan lima mata pelajaran.”


“Kakak kata mahukan bantuan guru. Di sini satu pelajaran untuk kelas tutor (tusyen) 500 sebulan. Ke sekolah kakak tidak gembira dengan persekitaran yang ada. Fikir sendiri kerana yang mahu belajar kakak.”


“RM 720 satu pelajaran dan RM 600 untuk English sementara QR 700 setiap satu pelajaran dengan QR 900 untuk English. Kakak rasa bersalah jika masih tidak berjaya,”anak jujur berterus terang.


“Cuba fikirkan menduduki SPM walaupun kakak tidak ada PMR dan tidak belajar di tingkatan empat.”


“Mahalkah pendaftarannya? Belum kelas tutornya lagi.”


Masalah warga yang berada di luar negara didepani oleh mereka sendiri yang mahu atau tidak perlu ditangani.


Label yang menjaja warga yang berkhidmat di luar negara sebagai kaya hanya pandangan kuno yang diberi gambaran dari gaya hidup abstrak elit dan masyarakat pedagang untuk menghairahkan nikmat-nikmat keselesaan yang sentiasa diubah rombak untuk mencergaskan aktiviti kehidupan meski pun sememangnya wujud sekelompok warga yang benar-benar mewah gaya kehidupannya.


Bagaimanakah taraf pengukuhan jenama bagi kelulusan untuk diiktiraf dicirikan andai halangan keewangan menjadikan peluang dan kesempatan tidak benar-benar ditawarkan dan ia lebih terbuka kepada warga yang memiliki kemampuan sahaja?


Membayangkan hanya untuk menduduki IGCSE sahaja untuk lima mata pelajaran berjumlah 3600 dan perlu penambahan lagi sebanyak 600 bagi pelajaran English, mampukah marhaen yang berada di bawah garis kemiskinan dan berpendapatan kecil juga sederhana menampung kos pendidikan global ini?


Di dalam memodulkan pencapaian deretan A tanggung-jawab siapakah yang menghala pandukan kumpulan yang tercicir sedangkan perlaksanaan dasar masih sama diacukan kepada mereka?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s