Peneroka Noda

Percutian kali ke dua yang lalu diterima Sampul Surat bercetak Urusan Sri Paduka yang bermaksud surat itu adalah surat rasmi, tersisip di antara timbunan surat-surat yang disimpan selama hampir setahun.


Hati menjawab surat ugutan dan ancaman lagaknya.


Ia seakan menzahirkan ‘saya tahu siapa anda ‘ yang diniatkan oleh pengirimnya atas maksud yang tersirat.


Minda membalas, ‘andakah yang menceroboh hak-hak peribadi saya di halaman siber?’


Sudah gaharu cendana pula sudah tahu mengapa harus pura-pura bertanya pula?


Beginilah perencanaan yang diatur sehingga tidak sukar mengetahui mana permata mana kaca mana juga mutiara.


Tarikh surat kira-kira tujuh bulan menjelangnya tarikh pilihan raya.


Apakah diduga kesemua catatan hanya ditulis dengan mereka-reka sedangkan niat awal bukan untuk disudahi sebegini hina, melainkan untuk dijejaki siapa teman senda gurau rajuk merayu para hamba-hamba yang sedikit terlena dan terlupa.


Tidak ada catatan yang tercatat ini rekaan semata-mata melainkan yang benar dan diolah menjadi cerita.


Apakah mahu dibuka sekeranjang dosa?


Apakah upaya dilupa kisah ibu tunggal yang dihantar bermaustautin menumpang di rumah orang-orang tua oleh anak yang sangat dikenali.


Awas kelian ! Wanita tidak sesekali mahu menjadi jantan !

Ada adab dan ada batas kesusilaan.

Batas santun dengan keimanan.

Awas !

Memperkasa orang muda dengan madu yang dituba !


Memandang saujana deretan premis dan rumah tumpangan kadar sewaaan yang minimum tertoleh pada meninggi bangunan yang menghimpun kamar-kamar rahsia melempias gelojak batin hamba-hamba yang berusia tetapi diremajakan jiwanya untuk alpa pada dosa atas saingan kuasa atas kerakusan memiliki tender.


“Saya orang susah perlu membantu adik-adik yang bersekolah.”


Mengapakah berterusan hotel-hotel di negara ini memberikan pekerjaan yang mengaibkan kepada wanita seagama dengannya?


Terma kesihatan dan perawatan kecantikan menerobos keaiban diri?


“Berawas ! Usahlah kamu bersendirian dengan seorang perempuan kecuali bersama mahramnya.”


Sejauh manakah pendekatan siasah tidak mendisplinkan warga mengikut maklumat ahli syurga?


Di manakah tanggung-jawab lelaki muslim dalam mengamanahkan keamanan kepada ahlinya.


“Janganlah seorang laki-laki berdua-duan dengan seorang wanita kecuali bila dia disertai oleh mahramnya. Begitu juga buat wanita jangan bermusafir kecuali dengan mahramnya.”


“Mungkin dia diberitahu oleh rakan-rakannya lalu datang mengunjungi ke sini.”


Esekutif dan pasaran langganan tubuh badan tanpa disedari perencanaannya berlaku dan terus dikekalkan.


Isu basi?


Saingan di pasaran terbukanya tender-tender tetapi tertutup oleh kepungan-kepungan blok-blok bernama.


“Tidak pantas anak-anak bangsa diberikan pekerjaan yang mencemar agamanya.”


“Tanah ini kita tuannya bagaimana rela hingga perawan dan anak teruna mengurut peluh dan buih-buih wap likat yang mendatangkan rezeki?”


Asimilasi budaya meratah agama.


La hawlawa quatailla billah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s