Tutup Lutut Terbuka Pusat Lepas Kaki Leher Terjerat?

16/Febuari/2009

Pagi yang memualkan.


Pagi yang telah mencemarkan kedamaian dan tenang sukma.


Pagi yang mencelakan minda untuk diguriskan luka bila wanita-wanita ghaib dikepulan asap dan menjelmakan susuk gagah yang semakin terang menuju pusara.


Pagi yang terluka.


Pagi yang menduka kerana keinginan menjaguhkan anak-anak di bawah usia.


Pagi yang mengusap derita.


Entah apa celanya disiar tala oleh gema sukan antara bangsa .


Sesungguhnya reptilia imprealis tidak pernah bosan untuk bermaharajalela walau di bumi yang mana…


Reptilia yang menggelupur mengejar rakus tamaknya harta.


Pagi yang amat mengsengsara.


Pagi yang akan tiba bencana menimpa.


Pagi yang semakin akan menyulakan kelian dek bisa dengan terbias.


Bisa millineum yang dibangga-banggakan menjadikan anak-anak sebagai perisai dosa.


Jalang haiwan celanya masih berpersamaan sesumpah yang menukar aura dengan warna.


Jalang manusia celanya masih menyembunyi penuh rahsia diarak tamburin gendang bentala megah berkasta.


Pagi yang tidak menceria untuk hari bermula.


Pagi yang berdarah dengan hanyirnya pekung membusut aba.


Wahai yang menyaksi dengan mata awas kamu.


Menceroboh hingga tidak kenal dosa.


Aduhai malangnya zaman dengan isi mirip neraka.


Mamat dan Minah bukan hamba sahaya.


Mencabar nasib awam dengan penuh ria.


Berbengkel kelompok mencari dana.


Di pelusok syarikat sedia menjadi ejen peninjau tender.


Sekitar dan alam diunjuk perlukan pemelihara incinerator di Broga.


Dilupakannya PK Zone Koridor dan saham Agusta.


Hina kelian di pandangan jiwa.


Selama hayat dikandung badan ia tidak akan bisa terlupa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s