Acu-acuan Bebintang

28/Febuari/2009

0845


Sembang Peminum kopi di pagi ini seperti mengusul bantah perihal kertas kecil (tiket bertuah  bernilai 1,000.00 dengan juadah esklusif berhias mewah oleh gaya dan cita rasa terkini yang mengutarakan konsep bintang menyempurnakan kehidupan).


Wajarkah bintang dikonsepkan di dalam perkhidmatan tatkala kebanyakan mereka disponsor dan dipilih bagi menjawat tugas mendana ‘charity’?


Hehhehhehh, gusi menyapa kasar pada lidah yang lembut tanpa tulang. (Maknanya tertawa)

Isi lidah adalah yang paling enak jika disandarkan pada haiwan berkaki empat yang gemarnya hanya pada ragutan rerumput hijau. (Lidah lembu)


“Mengapa perlu dikeluarkan mesin kira,”senyum nakal dilemparkan kepada pengundang (suami sayalah) yang membesarkan rasa jiwa ini untuk menikmati hidangan malam berdua-duaan.


Atas ehsan salah seorang pemenang cabutan bertuah untuk menikmati hidangan makan malam di perkarangan bintang yang mempromosi voucher 500 untuk dua orang, pemenang bujang ini menghadiahkannya semula kepada suami yang menjamukan rasa hatinya kepada isterinya. (sayalah tu)

“Kita hanya menjelaskan tips buat petugas. Perlu tambah kurang 100,”sekali lagi senyuman-senyuman saling berbalas.


Dikhabarkan di tempat ini  tidak ada cukai dikenakan yang diambil oleh kerajaan seperti yang berlaku di hospital-hospital, selain bayaran yang ditambah sebagai pemberian tips yang dibahagi-bahagiakan sesama petugas dari ruang dapur hingga meja makan.


Peminum kopi ini (pengacara di radio) melazatkan ilustrasi bualan menerusi talian isu makanan seimbang dan model ikutan yang mendasari ukhuwwah persahabatan.

Bersimpul sulam belit jiwa merantai hati bila masih tunjang wang sebagai ikatan merajai diri.


Batin di rohani dimensi menjengah perlahan, “mahunya kesemua kita menjadi peminta-peminta di jalanan dengan ehsan sedekah, tatkala ianya tugas yang amat mudah bagi sesetengah bintang yang membinda?”

“Nanti ku tanyakan.”

“Hamba gusar untuk dibanding realiti seorang peragawati dengan wanita kebulur yang dimiskinkan oleh kemanusiaan,”runtunan batin rohani menguntum gelisah sejantung hati.

“Benar,kedengarannya kita mahu diashikkan oleh pandangan mata.”

Bintang-bintang dicapai dengan bermimpi sahajakah?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s