Sehati Yang Tidak Sejiwa

19.4.2007

(Saat pemberitaan ‘amuk’ pelajar Korea di Virginia dilaporkan)


Amat menghibakan apabila generasi baru kita sering berhadapan dengan konflik yang tanpa diduga adalah kesan dari tuntutan pembaharuan zaman.

Kedewasaan kita yang telah diperkayakan dengan pengalaman pengetahuan juga sering berhadapan dengan kesukaran tatkala perlu memilih di antara tanggungjawab kewajipan dengan hasrat dan kemahuan.

Membesarkan tekanan jiwa yang dihadapi oleh pelajar yang telah menyalurkan kehampaan kesakitan kecelaruannya dengan melakukan keganasan terhadap rakan-rakannya,harus membuatkan bersama kita menyedari kelemahan ketidakmampuan dan kegagalan kita selama ini dalam mengisi keperluan bernegara bertamadun bermasyarakat berinteraksi antara alam sains dan teknologi yang menghubungkan jasad dan rohani.

Lalu wajar ditanyakan di masa hadapan di millenium baru bagaimanakah ciri generasi yang kita inginkan ketrampilannya?

Meletakkan nilai baik perlu bersama kebenaran.

Mengukurnya dengan mata tanpa rasa ia menghasilkan curiga kerana realiti tidak dihayati.Salah atau benar mudah diketahui cuma benarnya masih perlu dicari.


Konflik menghasilkan krisis dalaman dan ia tidak upaya ditemui penyelesaiannya jika tanpa mengasuh kemahuan beragama di dalam jiwa.

Darinya lahir diri insan yang membangunkan kemanusiaan.

Undang-undang dikuatkuasakan adalah sebagai pengawalan bukan penyelesai untuk sesuatu tindakan itu dapat dihalangi dari berlaku.


Definasi untuk istilah sesuatu sikap juga amat penting untuk tidak dikelirukan.

Pemikiran anak-anak yang masih muda tanpa pegangan budaya dari akar syaksiah akidah amat mudah terkhilaf tafsir andai penyuluh dari kebijaksanaan minda intelek para pendidik tidak menyumbangkan sifat kasih jujur dan ikhlas lalu nafsu tidak mampu mempamerkan perlakuan baik insan dan berakhir dengan tidak upaya menilai kekurangan diri,, gentar bila berhadapan dengan tekanan lantaran tidak tertanam kebiasaan untuk memberikan kepercayaan kepada orang lain.


Pendidikan telah digunakan untuk mencapai sasar kehendak terbinanya negara.


Moral dan akhlaknya fitnah berlaku di dalam usaha dan kegiatan menterjemahkan keperluan berpengetahuan untuk diberikan perkembangan penggunaan bahasa warga itu sendiri yang menatijahkan kesedaran bersiasah tidak sepenuhnya berjaya dioptimunkan.

One thought on “Sehati Yang Tidak Sejiwa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s