Kemandulan Rasa

Kerap terlayang ingatan saat menanti kepulangan kakak dari tempat kerjanya, sebuah pejabat yang memiliki makmal-makmal penyelidikan di  salah sebuah bandar tertua lokasi yang berjiran dengan wilayah bandaraya.

 

“Bolehkah makanan di dalam tin ini dibawa pulang?”

 

“Kami bergilir-gilir dibenarkan membawa lebihan dari contoh makanan untuk kajian yang syarikat minta dikaji mutunya terlebih dahulu sebelum dipasarkan.”

 

Tin-tin tanpa pembalut berwarna perak kekuningan itu juga merupakan bekalan makanan untuk petugas keselamatan tanpa sebarang pengenalan logo. Menurut kakak ia hanya diberi tanda dengan angka sahaja.

Dari hanya satu jenis makanan banyak syarikat pengeluarannya dan kesemuanya sedap dan enak rasanya.

 

Kakak sesekali menceritakan tentang pengendaliaan bukti-bukti dari contoh pakaian, darah dan rambut,  di dalam kes-kes pembunuhan atau penderaan yang dihantar oleh mahkamah untuk dilakukan uji siasat bagi diwujudkan keperluan berkredibiliti pihak-pihak terbabit yakni pendakwa dan pembela.

 

“Bolehkah dikesan pesalah jika begitu caranya?”

 

“Kadang-kadang hanya untuk diketahui punca kemalangan atau kematian yang dijadikan kes polis.”

 

“Jika sudah ada bukti boleh ditangkap pesalahnya?”

 

Kakak sehingga ke hari ini tidak menjawabnya. Sementelahan sesudah sebelas tahun berlalu masih tidak lagi bahan-bahan bukti berjaya membebaskan pertuduhan-pertuduhan yang upaya dipertikaikan kesahihannya.

 

Waktu itu banyak peperiksaan-peperiksaan jabatannya telah dilepasi dan pengalamannya dianggap menjadi berharga untuk memperolehi kedudukan yang lebih baik lagi namun dia akhirnya memilih untuk hanya menjadi pembantu makmal di sekolah sahaja.

 

Alasannya dari Petaling Jaya ke Klang sukar mendapatkan bas.

 

Untuk tiba sebelum jam lapan bagi mendapatkan bas awal, dia perlu bangun sekitar jam empat pagi. Tidak munasabah kedengarannya.

Kemustahilan ini tidak upaya diimaginasikan oleh perancang-perancang yang hanya memfokuskan sasar untuk mengekalkan keuntungan atau menguasai persaingan.

 

Pengangkutan sebagai perhubungan yang memudahkan kerumitan.

Justeru dihubungjalinkan mikroeletronik yang sesekali memuntahkan semula wang oleh kepekaan deria digitalnya menolak kecacatan kertas. (Mesin wang di stesyen komuter sering menolak wang kertas yang berlipat atau renyuk. Terlalu berat mahu membawa wang syiling.)

Namun manusia yang bukan bersifat mikroeletronik pula sentiasa menelan walau apa jua jenis kertas yang diunjukkan.

Adakah ini bermakna amalan pengurusan mesin lebih terkawal atau mudah dikawal?

 

Pola-pola tingkat kemahiran mengurus saban waktu berubah lalu bagaimanakah sehingga hari ini masih direncanakan perubahan?

 

Sedangkan tahap hubungan semakin renggang.

 

One thought on “Kemandulan Rasa

  1. Kakak ketiga saya Faridah Hanum binti Ali sebelum berumahtangga bertugas di Jabatan Kimia Petaling Jaya. Saya merahsiakan rasa tidak gembira apabila dia memilih untuk bertugas di makmal sains sekolah je … tugas penyeliaan makmal yang tidak mencabar kepandaian kakak saya!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s