Teman Ku Orang Angkasa

Saya berhadapan dengan kegagalan untuk mengutusimu kiriman pesanan ringkas  seperti waktu yang lalu kerana saya bukan pendukung parti  United Malay Nation Organisation.


Ini natijah dari kebebasan amalan demokrasi di tanah air saya  yang membenarkan perbezaan pendirian dizahirkan lalu saya zahirkan diri, bahawa saya bukan ahli Melayu Bersekutu dan berusaha dengan kekuatan yang termampu untuk memberi persamaan nilai hak warga sesama senusa untuk saling menghormati tetapi tidak untuk berkompromi mengenai isu pendidikan tidak  di dalam bahasa ibunda dan mengenai penempatan dan kemasukan tentera asing ke mana-mana wilayah yang pernah mendapat kemerdekaannya dari penjajah misalnya.


“Kemeluatan minda bukan sesuatu yang disengajakan andai difahami kesan pemikiran bisosiatif yang melandasi ‘usaha-usaha pemulihan Amerika umpamanya.”


“Marahkah?” seakan  didengari teman ku berujar.


“Apakah manusia kekal tidak merasai kematian untuk masa hadapan tajaan globlalisasi sehingga tanah-tanah kubur dijadikan perniagaan sedangkan di wilayah-wilayah tertentu isu pemilikan tanpa geran tanah, agresif tuan tanah terhadap penyewa tanah, tuan tanah yang tidak diiktiraf sebagai pemilik atau tuan tanah yang terpaksa lari meninggalkan tanah mengusulkan tanya buatmu bagaimanakah undang-undang tidak membolehkan dijadikan kaedah penyelesaiaan? “


“Apakah maksud mu undang-undang hanya menjadi hiasan?”


“Apa nilaian mu terhadap kepercayaan kepada kiamat tetapi tanpa bimbingan wahyu?”

Hari ini telefon bimbit ku senyap kerana tiada pesanan ringkas yang tiba.

Namun Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu dan Khamis tetap bergilir setia tiba lantaran ketetapan peredaran masa dan waktu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s