Silam Yang Masih Jelas

23/Julai/ 2008

Terlayang sebentar  imbasan sewaktu menikmati juadah di cafeteria bandar Milan,meja yang beralaskan kain lembut warna hijau dan putih dihasi warna biru muda sejambak bunga di dada meja,menjadikan ashik dengan sentuhan karya hiasan dalaman yang berimejkan ‘simple’ tetapi miliki ‘stail’.



Rangup biskut halus seperti spaghetti diharumi aroma thyme dan mozzarella menjadikan suasana semakin segar biarpun kami harus memesan hanya sayur-sayuran yang dicampurkan dengan tomato dan cendawan walaupun dilumuri hanya minyak olive dan perahan lemon sudah memadai waktu itu biarpun rakan suami memesan daging yang semerbak harum menusuk ke hidung menyinggah ke pankreas meneutralkan asid bau-bauan sebelum memaksa usus besar menderita menanti bau daging menjadi nyata.


“Sebagai tanda Kebesaran Allah Yang Maha Bijaksana dari jenis tumbuh-tumbuhan sahaja wujud lebih seribu spesis yang saling berbeza berlainan struktur pembinaan dan kandungannya,” sayup-sayup suara guru Sains yang menyembunyikan deritanya mengidap kanser terundang di balik kehijauan daun-daun segar yang menimbun di dalam pinggan saya.


“Tumbuh-tumbuhan juga menyembunyikan rahsia,cikgu?” semakin sayup apabila imej cikgu yang sering tidak hadir ke sekolah pernah menjadi umpatan kami di dalam kelas.


Dia sering menyendiri di makmal dan kurang berinteraksi dengan kami selain sering merenung kami dengan sifat kasihnya sebagai ibu di sekolah.Pernah pandangan kami bertemu sewaktu dia sedang menyeka airmatanya setelah kami ditegur oleh kebisingan yang berniat hanya untuk mengusiknya.


“Setiap kehidupan miliki keistimewaannya. Sains adalah gabungan alam dan manusia. Ada yang mampu diselidiki oleh ilmu dan ada pula yang tidak akan upaya dijangkau oleh akal.”


“Benarkah cikgu,jika terlalu banyak berfikir apa yang wujud di luar jangkauan kita tanpa behati-hati ia akan menjadikan kita menjadi kurang waras?”senyuman manis cikgu masih mekar di lipatan hati dan kini cikgu telah terlebih dahulu berhadapan dengan Allah, apabila setelah meninggalkan sekolah terbetik khabar cikgu Sains tingkatan tiga kami telah meninggal dunia kerana menderita leukimia atau kanser sudah tidak upaya disahihkan.


Amat terkilan kerana tidak pernah berpeluang memohon maaf atas keterlanjuran kami yang berasa amat hampa tatkala bersemangat ingin memasuki makmal,pintu makmal dan tetingkap kacanya tertutup rapat kerana cikgu tidak hadir ke sekolah.


Mungkin ini juga perasaan yang dialami oleh kebanyakan anak-anak di perkampungan dhaif yang tidak upaya menghadami kemanafaatan pelajaran Sains lantaran tidak diajar di dalam bahasanya menjadikan mereka berasa tidak gembira untuk  meminati bidang kajian dan penganalisaan,menyamai perasaan kami bila makmal tidak dapat dimasuki.


“Mengapa kamu tidak dibolehkan memakan daging ?”soalan yang sama sering diujarkan sewaktu menikmati makan tengah hari bersama rakan setugas suami.


“Lembu atau kambing mesti disempurnakan cara penyembelihannya.”


“Kami mesti memulakannya dengan sekurang-kurangnya bacaan bismillah.”kami mencuba menjelaskan sebaik mungkin kepada lelaki Itali yang separuh abad usinya yang sering mengundang kami untuk makan bersama.


“Jika saya membaca ayat yang kamu nyatakan itu,kamu boleh memakan daging sembelihan itu?”


“Hanya yang mempercayai petunjuk dari Allah tuhan di langit sahaja sembelihannya boleh kami nikmatinya.”


Suci menyuci dan disucikan tidak hanya luaran mendapat kebersihan malah batin dalaman yang tertempat jiwa hati sukma dan minda penyuciannya menguatkan neuro spritual yang jelitanya mempamerkan santun emosi dek berbudinya  akal berempati.


“Wahai orang yang beriman apabila kamu mahu menunaikan solat, hendaklah kamu membasuh muka, ke dua tangan hingga ke siku dan sapulah dengan air kepala mu, dibasuhkan kaki sehingga buku lali. Dan jika kamu di dalam hadas besar (berjunub) lalu bersucilah yakni dengan mandi.”

One thought on “Silam Yang Masih Jelas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s