Syahadah

18.7.07 Jam 1250

Semasa masih di alam kanak-kanak tatkala pernah mendengar kelas pengajian sering hati payah menghadami erti tauhid Asma’ Wassyifat.


Apabila ditafsirkan erti tauhid Rubbubiah dan Uluhiyyah hati kembali terdiam lantaran kejahilan yang menguasai minda sehingga niat tidak dikasadkan untuk mencari erti rasa keinginan beragama yang membawa jiwa untuk rasa bertanggungjawab.


Waktu itu keashikkan bermain pondok-pondok sambil berlakon bermain berkahwin olok-olok menjadikan kelalaian adalah peneman yang paling akrab sehingga terhimpun kekeliruan yang mencalarkan indera rasa.


Perjuangan waktu itu sekadar mahu dihambat sebanyak mungkin rasa keseronokkan yang tidak mengayamkan kebenaran kerana diri mahu membesarkan rasa nikmat yang kemanisannya menyampingkan rasa kegentaran kepada kebesaran Pencipta.


Roh bahasa waktu itu amat mendakapi jiwa.Tidak seriau atau berasa risau akan ketidakfahaman bahasa kerana maksud yang disampaikan adalah terang dan jelas cuma bermasalah pada hati yang tidak bermata untuk memahami bahawa istilah dan ungkapan apabila tidak difahami fikiran juga tidak akan terbuka.


Waktu itu amat bangga bila bahasa melayu rohnya tidak tercemar.Tidak rengkas tidak pula dieja mengikut mudah bibir menyebutnya.


Tiada rasa ingin melarikan diri bila sifat wujud itu ertinya ada mustahil Allah tiada dinyatakan dengan terang dengan kalimah yang padat bukti dan dalilnya.

Mudah apabila diminta melihat bumi tanah laut dan langit pasti ada yang menciptakannya itulah bukti Allah ada.


Qidam maknanya sedia mustahil Allah bersifat baharu.


Perlahan-lahan sifat-sifat Allah mulai kesemuanya dihayati bila bahasa melayu digunakan tanpa diselangselikan oleh tafsiran bahasa yang tidak difahami.

Allah kekal mustahil binasa kerana Kemuliaan dan KebesaranNya.

Amat dirindui untuk merasakan saat gembira menghayati ilmu dengan bahasa yang menjadikan kita faham dan amat dizahirkan rasa kekecewaan pada anak-anak yang sering terkial-kial dalam menafsirkan maksud oleh huraian ungkapan yang tidak dimengertikan.


Waktu itu amat sukar mahu memahami erti syirik sedangkan pada waktu itu jiwa amat mudah dilemahkan oleh rasa takut pada bayang-bayang hitam.Sedangkan itu berkait soalnya dengan alam ghaib.


Iman tidak berdiri sendiri tanpa iktikad yang sungguh-sungguh kepercayaan kepada Allah.

Malaikat adalah makhluk taat yang sebahagiannya bertugas menyampaikan kitab kepada rasul untuk menerangkan hari kebangkitan adalah perhitungan untuk manusia di hari kiamat.


Percaya kepada qadha dan qadar memberi peluang untuk berdayausaha sebelum bertawakkal.


Kini ke manakah hilangnya rasa dari hasrat yang bernyala untuk dimengerti diri andai tanpa petunjuk akan terus di dalam kesesatan lantaran jahil memahami natijah dari akidah itu menyempurnakan kehidupan?

22/6/2008 – 1206

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s