Bebas?

23/Febuari/2009

1148

Kebiasaan menggunakan beca beroda tiga sebagai altenatif selain berjalan kaki dan sesekali menaiki kereta menjadikan pengalaman pertama kali menaiki bas awam  menterjemahkan bahawa kekurangan dan kelemahan itu tidak wajar berulang.


Kelemahan tidak tahu masa dan tempat yang tepat untuk menekan loceng sebagai tanda destinasi telah sampai agar bas berhenti menjadikan diri sering dirugikan.


Terpaksa turun di hadapan premis syarikat kereta dan termenung bagaimana mahu menyeberangi lebuh raya yang pada waktu itu berhadapan dengan kelajuan kenderaan yang masih belum banyak seperti masa kini di jalan raya sering menduga tahap kesabaran diri.


Sikap pendajal pemilik kenderaan yang diminta memberhentikan kenderaannya dibalas dengan bunyi hon yang nyaring dan panjang.


Beberapa kali mencuba masih dilaungkan bunyi-bunyian yang menambah kuat degup jantung.


Sama seperti degupan kencang jantung  sewaktu  menaiki bas yang membawa penumpangnya ke dalam ladang  yang dipenuhi oleh pokok –pokok getah.


Perjalanan di jalan raya memilik lorong-lorong pintas  pejalan kaki dan kenderaan bermotor yang terpaksa melalui  ladang-ladang yang bersemak samun. Kedudukannya yang jauh terpinggir dari kesibukan lalu lintas menjadikan kami saling berpandangan dan menyembunyikan wajah  cemas.


Dari Subang  disusuri simpang  memasuki lorong kecil.


Pemandu bas menzahirkan ketidak mesraan apabila tidak upaya membaca reaksi cemas yang dizahirkan oleh penumpangnya.


Dan kami pula tidak upaya menewaskan ketakutan yang mulai menyubur  akibat tindakan pemandu yang mengotoritikan haknya sebagai pemandu yang berautoraksi. Waktu itu tidak terlintas pun persamaan makna diktator yang dituntut diterjemahkan setiap masa kepada pihak yang berkuasa.


Pemanduan yang mengetahui jalan menuju destinasinya tidak wajar disergah atau diberitahu berulangkali kerana alih-alih kami telah memasuki semula jalan utama di simpang Batu Tiga (bukan merujuk TV 3 mengapalah saya perlu berhadapan dengan tekanan waktu mahu menulis di catatan peribadi ini).


Kini lorong yang sepi dan mencemaskan itu  merupakan sebahagian dari jalan pilihan utama di Glenmarie.


Sesekali apabila bas melalui rumah-rumah setinggan di Kampong  Dato Harun terzahir peminggiran dan pengabaian nasib bukan tertakluk hanya kepada satu-satu keturunan sahaja.


Landasan keretapi yang terlalu hampir dengan rumah setinggan itu membuktikan wujud  pilihan yang tidak tepat di dalam melokasikan pembangunan. Sudut-sudut yang terpinggir  mengaitkan ulang ujar yang munasabah perlukah membiarkan kepentingan berlawanan dengan amanah dan kewajiban yang membela marhaen yang dianggap melarat.


Malang terasa apabila masih sehingga saat ini saya tidak memiliki lesen yang membolehkan memandu mengikut haluan pilihan sendiri.

One thought on “Bebas?

  1. Salah membunyikan loceng bas untuk turun di Sekolah Kebangsaan Bukit Bintang (Lelaki) Jalan Templer, Petaling Jaya saya diturunkan simpang di Jalan 224 Lebuhraya Persekutuan Petaling Jaya di hadapan bangunan yang menjual kenderaan jenis Volvo.

    Kemudian sewaktu menaiki bas Express Kuala Lumpur Klang, pemandu bas membuat jalan pintas bagi mengelakkan trafik ke laluan kebun getah pada waktu itu 1978 yang kini adalah laluan Glenmarie ke Shah Alam menuju Bukit Raja.

    Tujuan semua ini dinyatakan bagi menyatakan bahawa saya tidak menipu apabila menulis!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s