Makelar

Semasa di menengah empat telah berpeluang mengikuti cikgu bersidang di salah sebuah sekolah di Melaka di dalam kolokium rasmi dan tidak rasmi gabungan melayu.

Cikgu-cikgu bersidang kami menjadi pemerhati, pengamat dan peneliti.

Hakikat berrealiti adalah politik telah mula diperkenalkan semenjak dari peringkat sekolah lagi di kalangan pelajar-pelajar.

“Andai begitu mengapakah diperkenalkan penggunaan ISA dan AUKU?”

“Anda meragui kesan pencemaran imunisasi individu yang mengingini hak Tuhan yakni terpelihara dari kesalahan?”

“Wabak ini telah lama menjangkiti minda dan vaksinnya belum lagi ditemui.”

Semenjak usia di sekolah rendah menerusi sambutan Hari Kanak-Kanak Se dunia  telah didengungkan di jiwa adalah sesuatu yang lazim pada usia-usia muda, telah bermula dikerah secara bersantun untuk terarah kebiasaan minda di bawah sedar ditaakul agar mudah dirasuah andai gagal disihir untuk menjadi kroni.

Berulang lagi penaakulan berlansung saat menjelang gerbang usia remaja cikgu sekali lagi mengundang untuk ke salah sebuah menara kebangsaan di sebuah bandar yang baru dibangunkan untuk menjadi penyokong gabungan berpersatuan.

Di situ juga buat pertama kalinya berlaga mata dengan ‘Cik Roz’ yang pada waktu itu mulai menjadi pembinda minda warga di medan cetak yang lafaz konsonan vokalnya berbutir ayat-ayat seruan, ayat-ayat penyataan, ayat-ayat perintah yang tidak mahukan laungan sanggahan walau pun fakta dan hikayat saling umpama minyak dan air yang tidak mungkin bercampur.

Di situ juga berlaga mata dengan mata (mujur tidak bersentuh tangan) dengan Bapa Dilemma Seluruh Alam  yang diundang khas merasmikan persidangan gabungan.

Tiba-tiba kembali mengenangkan perihal seorang anak dari Tronoh yang pernah menggambarkan kekhuatiran terhadap program beragama sempena percutian semester kuliahnya. Mencuba menjelaskan padanya aktiviti seumpama itu hanya sekadar memperingati kewajipan dan tanggungjawab untuk berbakti kepada agama selaku tradisi pelajar sebagai pelapis pembinaan kekuatan ummah di masa hadapan.

Kegusaran, keresahan dan kerisauan yang termetripahat kuat di minda pelajar Tronoh ini membolakbalikkan minda diri ini bagaimana tidak bersedianya mereka ke arah pengkaderan mendenyutkan kemahuan bertanggungjawab kepada agama berbanding pengkaderan untuk berasa istimewa dengan taraf melayunya.

Sayugianya pelajar bukan terjemahan kelompok subsidi yang memerlukan dokongan dan sokongan melainkan dibina kemahiran bagaimana memaksimumkan kemampuan diri mereka untuk mmelihara dan membina rasa kasih beragama dan bertanah air.

Berdikari mereka adalah di dalam batas-batas yang diberikan oleh Perlembagaan.

Melayu wajar ingat bahawa bukan hanya bangsa mereka sahaja yang beragama Islam.

Wajar diperjuangkan adalah bagaimana mahu meningkatkan tahap muslim menjadi mukmin yangmembawa kepada wujudnya ummatan khair yang bersifat sederhana bukan semata-mata moden lantaran ummat pertengahan ini upaya melihat dunia dengan kenyataan dan realiti.

Ia menjadikan tidak wajar apa yang digenggam pada hari ini sedia dilepaskan ia berlalu tanpa usaha-usaha membetulkan apa yang menjadi kesalahan.

Moden perlu diberikan anjakan baru bahawa ummat pertengahan adalah bersifat sederhana untuk menyanggah gelar ekstrimis dan fanatik sebelum dituhaj gelaran pengganas.

Kita tercabar dengan kegagalan menampilkan watak insan kamil sebagai modal pelaburan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s