Jelingan Madu

“Membudayakan pembacaan sebagai citra cetak diupayadayakan kebebasan penindasan minda, bagaimanakah dikaedahkan Cikgu?”

“Tentang sasterakah soalan kamu itu?”

“Tentang sikap Cikgu.”

“Saya tidak nampak perkaitannya.”

“Adakah satu kesilapan jika ditanyakan apakah kerana Nabi Isa (as) seorang nasrani lalu dijadikan alasan untuk bahasa diagendakan sehingga dikrisiskan ummah dengan bangsa negara dengan penguasa?”

“Nabi Muhammad SAW itu penyelamat dan kini kita mengusahakan untuk menjejaki sifat-sifat seorang penyelamat sudah tentu memerlukan ciri  yang tidak dicurigai dan tidak pula perlu disalahfahamkan.”

“Begitukah sikap yang benar Cikgu?”

“Pernahkah seorang yang didakwa penyelamat menipu?”

“Di dalam buku wujud terlalu banyak rahsia yang tersirat dan adakah dibenarkan iannya disabitkan dengan kesalahan?”

“Saya syorkan kamu berhenti membaca buat masa ini. Lebihkan kepada berfikir maksud-maksud mengapa peringatan itu dijadikan amanah yang sukar ditanggung oleh gunung-gunung tetapi upaya diterima oleh manusia.”

“Maksud Cikgu, krisis keewangan adakah bukan atas keperluan hak-hak warga untuk memahaminya tetapi lebih kepada berhak untuk menanggung kesan konfliknya?”

Jelingan Cikgu yang tajam itu menjadikan dipendamkan luahan rasa bagaimanakah amanah kekayaan di bumi nabi menjadi amanah yang disia-siakan kekayaannya. Adakah muslimin tidak mempunyai hak untuk menikmati khazanah nikmat kurnia Ilahi berbanding terserlah lebih sedia dilindungi ‘musuh’ berbanding saudara sendiri?

“Saat bilakah Yahudi menjadi saudara kita, Nasrani menjadi sepupu kita tetapi muslimin menjadi musuh kita?”

“Kamu ini usah berani sangat mengemudikan minda yang lemah itu. Akal sahaja tanpa bimbingan wahyu upaya mensesatkan.”

“Bilakah ketikanya bertanya sahaja sudah menjadi perbuatan yang dinafikan?”

Jelingan Cikgu menyiksakan.

“Sudah lupakah Cikgu pernah mengasuhbudi dengan mengujarkan bahawa berbicara dengan kata-kata yang lemah lembut nadanya upaya menjadi manis pada indera dengar yang upaya mendamaikan ketenangan jiwa. Manafaat kini upaya dikreatifkan bila tidak wujud sombong dan kasar yang tidak memperteguhkan untuk insan berkasih sayang.”

“Berhentilah bertanya ok.”

“Adakah kita menciptakan pendajjal dan juga penyelamat bagi alam dan ummahnya Cikgu?”

Kali ini jelingan Cikgu menyeramkan diri saya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s