Tabiat Jiwa?

Kerendahan moral dan berperibadi di kalangan wanita apakah benar dieksploitasikan sepenuhnya oleh lelaki yang rendah dan tidak berkualiti moralnya meski pun mereka tergolong sebagai pekerja mahir yang baik etika di tempat kerja dan mempunyai ciri perwatakan mulia sebagai seorang bapa dan suami?

Manakala wanita yang sering mempamerkan syaksiah luhur sebagai anggun untuk dihormati seringkali dikelabui oleh kecemburuan monopoli untuk penanda harga diri yang diubah-ubah mengikut keperluan semasa?

Agak lain stuasi yang dialami saat memasuki medan interaksi perbankan di salah sebuah bank menjelang saat kepulangan ke tempat permaustautinan.

Diri dikelilingi oleh wanita-wanita anggun dengan penampilan usia-usia yang berbeza mengikut jawatan yang disandang tetapi masih dengan satu hasrat.

‘Memahami masalah dan keperluan pelanggan yang memerlukan nasihat.’

Wanita  mulai diberi perlindungan khusus untuk dilindungi oleh skim Takaful  Amanah PA Shield menerusi simpanan tetap yang dilakukan yang diberikan pilihan untuk dicarum simpanan semasa bagi melindungi diri penyimpan.

Selain galakan untuk penyimpanan di unit amanah ransangan galakan dari jenis yang bagaimanakah upaya memelihara kepercayaan penyimpan (untuk tidak wujud pelaburan yang meragui dari sudut syariah)  seperti :

1-     pengedaran dadah

2-     jualan senjata untuk pembunuhan

3-     kerosakan kepada alam dan sekitar

4-     perjudian pelacuran pornografi

5-     penanaman tembakau dan popi

6-     alkohol dan makanan tidak halal

7-     riba dan faedah yang menganiaya

Pada lokasi yang wilayahnya dicacamerbakan oleh dasar sistem yang tidak adil wajar diberikan fokus yang melindungi wanita dan kanak-kanak.

Sistem ini bukan perjudian yang melumpuhkan keintelektualan kerana wujud usaha terlebih dahulu sebelum simpanan diakaunkan.

Judi bukan usaha yang diterima di dalam Islam.

Seperti mana tidak perlu wujud minuman tanpa alkohol

Konsep tabungan seperti ini lebih berwibawa berbanding penonjolan karenah tubuh dan jasad yang dimampatkan oleh gelora nafsu berahi  lalu hentikanlah paparan slot yang mengabaikan keprofesionalan sifat insan kita.

Sembang minda di pancaran gelombang walau dibicarakan oleh wanita (biar bagaimana tertampil rupa) upaya dimanafaatkan tatkala krisis keewangan diterangkan secara hubungan dua hala sorotannya.

Melihat  ‘kakak  kenalan udara anak’  di slot yang diacarakannya spontan diujar rasa, adakah isu jambatan bengkok mahu dirundingkan semula?

Dia senyum sahaja seolah mendengarkannya.

Sikap ke atas air kami bagaimana pula kerana air unsur alam yang kian pupus?

Dia senyum kembali.

Kelengangang Kota Singa perlukan usaha pemulihankah?

Soalan saya yang terzahir liberal tetapi dia masih tersenyum.

Beza tukaran wang selama manakah tidak diragui menganiaya kami dan di dalam jangka masa yang panjang apabila ia berterusan bagaimanakah kesannya ke atas negara Cik?

Dia masih tersenyum.

Benarkah kitaran agih kekayaan pusingannya bila bukan memihak kepada rakyat tidak lagi boleh menjadi tema mana-mana kerajaan?

Dia tersenyum.

Orchard Road masih tebal dengan pembudayaan pelacuran pelbagaian gender ya Cik ——–?

Keterbukaan minda adakah bermaksud menganikakan pendirian?

Saya pasti hal yang tidak benar tidak mampu dikatakan benar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s