Oligarki Si Oligopoli

“Sudah tiada tarikannya lagi.|

“Tentang apa?”

“Pembahagian yang tidak seimbang kawasan dan wilayah yang berlarutan dipanjangkan krisisnya tetapi berterusan mereka dijadikan sebahagian dari masyarakat pengguna.”

“Kehendak dari keperluan apakah itu?”

“Mereka terlupa suria miliki mega cahaya yang tidak dimegahkan oleh simpanan rahsia.”

“Adakah menerusi percampuran niat dengan gesaan dari cadangan-cadangan yang masih menciptakan kesukaran pada kadar sederhana tahap kesedaran  individu dan masyarakat?”

“Kewarasan untuk akal bersiasah oleh sikap amanah memuliakan nilai moral dorongan dari minda berpengetahuan desakan wasiat iman biar siapa pun yang berbuat kebaikan sebesar zarah tetap disaksikan oleh Tuhan. Dan biar siapa pun yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah juga tetap dilihat oleh Tuhan.”

“Lalu kemahiran pembelajaran yang bagaimana menjadi asuhan membimbing melahirkan kemahuan berdikari yang mampu mengubah kesan-kesan pahit menjadi indah? Atau kita hanya menjadi penghias waktu pada saat-saat yang sentiasa menjadi baru?”

“Jujur untuk dikatakan tidakkah lelah menjadikan kejemuan oleh perkara yang asasnya masih serupa, titik-titik yang saling bertindihan dengan warna-warna yang disepakat spektrumnya?”

“Konflik dan krisis sebenarnya tidak pernah menamatkan perhubungan yang dijalinkan oleh persefahaman kerana kebolehan akal mindanya upaya menyedari hakikat kemajuan pengetahuan sains upaya menjalinkan kepercayaan beragama.Misalnya yang dibimbangkan terhadap kemiskinan kelaparan kejahilan yang mana satu jika rendah taraf masih mempetak di jiwa ia bukan sesuatu yang dilumrahkan.”

“Semakin terungkai kekhuatiran semakin terkesan perhatian pada hangat global yang mencemarkan, saat halal tidak memerlukan kejujuran dan ketelusan buat diwujudkan kesucian bersihnya diri dan hati. Saat tubuh sihat oleh makanan khasiat jiwa masih lara berkeluh kesah oleh kesatnya khianat.”

“Namun ia tidak menjadi alas untuk tunduk menyerah. Akuilah.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s