Kerana Kau Wanita Ku

7/Januari/2009

1426

Panggilan jihad bagaimanakah mahu digemakan semula?

Untuk siapa?

Buat ibu dara dan para wanita.

Begitukah?

Bagaimanakah jika digemakan buat lelaki-lelaki perkasa yang ingin berdarahkan remaja?

Yang berteori sejarah buat bermadah helah berbantu teknik agar tidak serik

Yang berfitrah di kelas kuliah berseni diplomasi berekonomi

Yang berkaji klorin buat dicaci kelori bersilih silu dek musnahnya tisu

Yang beraktif nuklear di molekul reaktor berdiam bisu dek itu bukan tanah airku!

Tetapi mana mungkin

Lantaran

Jarum halus kelindannya sutera!

Usah gusar

Kerana

Gajah mati meninggalkan tulang

Harimau mati meninggalkan belang

Dan

Manusia mati meninggalkan nama,

Mereka telah lanjut usia!

Kehidupan bermula pada usia empat puluhan usah dilupa!

Mereka mahu dakapan sebagai imbuhan

Wanitakah yang mahukan pertaruhan?

Begitukah mahu menyahut angkasa yang telah terbuka?

Setelah bertahun-tahun diberi merdeka

Masih menyemak hutang berbanding laba?

Justeru

Duka si miskin tiada pembela?

Ria si kaya mengendung harta?

Sedangkan

Dipetik buah sebelum ranumnya pasti kelat terasa di lidah

Dek entah bila upaya bermuraqabah

Meletakkan iman pada siasah.

Bagaimanakah etika saat menemui khilaf dan salah?

Bagaimanakah nilai agama upaya diterjemah?

Bila ‘hantu’  diundang bermuamalah?

Dek halangan dominasi pemerintahan Khalifah?

Begitukah jihad yang menilaikan semula erti kemerdekaan dan kebebasan manusia?

Begitukah kesan dan natijah menciptakan penyelamat di dalam isu Gazza?

Gazza tidak memanggil para pemuda!

Jika benar mahu keamanan terpelihara

Jika benar Gazza itu wujud manusia

Jika benar Gazza itu ada alam persekitarannya

Jika benar Gazza itu wujud kehidupannya

Masihkah perlu masa diperlahankan peredarannya

Buat ditingkatkan jumlah gema ratapan?

Benarkah jihad dan pemimpinnya diselaraskan nilai perdagangan mengikut nilai semasa?

Benarkah kekuasaan menzahirkan sikap bertimbang rasa terhadap elit yang kaya berbanding warga miskin yang ditahan tiba dan perginya untuk rawatan penghidupan?

Sedangkan mereka turut diberikan hak bernyawa oleh PenciptaNya?

Apakah nilai Guatanamo kepada Gazza saat keaiban Abu Gharib mensahihkan lelaki hilang keperwiraannya?

Tidakkah jasad dan tubuh lelaki arab yang dihinakan?

Tidakkah jasad dari tubuh bapa kita yang diaibkan?

Tidakkah jasad dari tubuh suami, saudara dan anak lelaki kita yang diperkosakan?

Sedang likat mendam berahi tersipu lonyai hanya dicelah kelangkang

Dan kini kononnya kita mahu diziarahi untuk saling  mengenal wajah?

Tidakkah mahu bersama menghitung trilion yang hilang oleh khilaf memperguna kuasa dek lupa mana dana mana simpanan mana milik awam mana koleksi peribadi mana hutang yang wajib dibayar mana kekayaan pendapatan yang menjadi milik negara?

Tidakkah mahu bersama tidak melihat adegan-adegan yang bukan menjadi hak untuk suapan mata melihatnya tatkala anak-anak turut memiliki rahsia kerana silu?

Lalu benarkah penyelamat dibentuk oleh sejarah tetapi masih dimanipulasikan oleh pembangunan ummah?

Lalu benarkah penyelamat itu juga merupakan

Peminat-peminat pasukan hebat sukan dunia?

Penspekulator di Bursa Saham?

Pemilik lingkaran paip minyak dan air?

Pedagang yang berniaga hukum?

Pemimpin dan marhaen?

Tatkala

Penetapan anggaran-anggaran yang meningkatkan haba-haba kepanasan

Yang upaya membunga apikan persenjataan kimia

Telah lama perutusannya dikirimkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s