Mengapa

Bagaimanakah terbutanya  minda  sehingga bisa  racun dicium buat penenang rasa?

Andai ada sayap saat ini ku pulang …

Benih-benih serakah  demokrasi dan politik mencambah kapitalis berintikan imprealis berusapkan debu menambahkan jemu …

Institusi bersifat kedaerahan mendidik globlalisasi dengan rantaian Amerikanisasi dan Eropanisasi versi halunisasi  sedangkan tomahan tiadanya akauntabiliti disahut kita memadani idea baru berinovasasi… bukan milik yang melabel jenama semangat berkemandiri… selamat tinggal  perlukah diucapkan?

Cambah kasih ini semakin melesu atas rentak-retak ragu terkeliru

Seribu empat ratus  masa berlari kepingan serpih teragih sahaja yang tersusun dengan menung taakulan diterapi semula peradaban kecundang.

Apakah di dalam kehidupan ini kita hanya rela menjadi pengarah sahaja?

Seharian  hanya menunjuk telunjuk sahaja sedang kemahuan yang pelbagai membentuk rantaian tanpa perlu yang dikejar tidak kesampaian yang dikendung berselerakan.

Ketamakan bukan sifat mukminin.

Bagaimana wajar berterusan sifat-sifat persamaan qalbu yang mati itu masih disaling  galas menggalas di antara kita?

Keluarbiasaan qalbu masih tersembunyi dari menjadi gapaian berbanding kejayaan capaian usaha yang sentiasa menjejaki kemenangan.

Keluarbiasaan qalbu masih sinar cahaya tenangnya disisikan sementelahan  keluarbiasaan yang menjadi suri ikutan sedia tragedi binasa memusnahkan perasaan dan pemikiran dengan tindakan.

Keluarbiasaan qalbu mencengkam kukuh keamanan yang mengkuduskan kedamaian akan tetapi keluarbiasaan  keinginan perebutan menyaingi persaingan menyalur rasa ketidak puasan.

Sumber-sumber semakin bersisa perkembangan terus melebar penghuni membesar dengan jarak yang semakin hampir , keluarbiasaan yang bagaimanakah upaya dilingkarkan demi keadilan?

Hanya kerana pernah meminjam nama

Gelap dingin membakar rasa?

Meluah kata tanpa niat apa-apa?

Melainkan mahu sesekali menyindir  suara-suara yang bersengaja mencipta rasa?

Hormati juga hak berperibadi sesama manusia agar tidak membazir masa dengan siapa perlu bersantun minda dengan siapa yang wajar bersapa jiwa dan dengan siapa tidak dibelai bahasa!

Menjejaki kejujuran apakah begini penanda di era terkini mencari rupa?

Apakah makna rahsia jika hanya sepaling  rupa sahaja?

Apakah makna rahsia jika hanya searah hala sahaja?

Apakah makna rahsia berbicara jika berpura-pura itu sapaan berbahasa?

Apakah makna rahsia andai kesemua raga itu dianggap perlu menurut kata andai tiada kumpulan ia berada?

Apakah warga yang mulia itu perlu berkasta untuk diterima serendah duduk bersama setinggi berdiri sebaya?

Apakah warga yang tidak berbahasa pula selamanya biar terus bersikap curiga kepada sesama warga bangsa dan senegara?

‘Penghormatan daripada orang yag sezaman dengan kita adalah kebahagiaan yang lebih bermakna daripada kekaguman pada generasi mendatang dengan sifat yang berencana?

Bukankah hukum dihargai kerana ia isi bukan semata hukum yang tiada dibicara?

Mengapakah wajar wujud jiwa yang terasa?

Mereka bersenda seloka tanpa rasa aib masing-masing ada maruah mulia keluarga yang perlu dipelihara.

Menanggalkan pakaian di tepi ‘jendela’ sehingga dalaman peribadi menjadi pojok bual bicara.

Sehingga perlu dicari untuk disua rupa tidak sangka pula mahu ditafsir sebagai meludah ke muka dan dijilat semula melainkan mahu dipelihara agar tatkala menepuk air di dulang tidak muka terpalit sama.

Sesekali rasa membazir minda apabila pihak yang dihala kata menyinggah ke sini pun tiada.

Berapa banyak yang telah menjadi sia-sia?

Di manakah wujud dusta bila diujar diri bukan dilahirkan oleh wawasan 2020?

Di manakah wujud perdaya apabila diujar diri juga bukan dilahirkan oleh zaman hadhari?

Cuba nyatakan di mana silap pada dakwaan itu jika sememangnya itulah kebenarannya?

Mengapa perlu berasa tercela atau berasa marah yang bernyala atau terhina dengan pengakuan itu?

Mengapa?



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s