Warkah Buat Dikau

Biarpun dikau membantu membina keyakinan saya tetapi dikau perlu tahu selama ini apa yang amat terzahir ialah keperluan mu yang  hanya mahukan pembuktian bahawa bukan semua yahudi itu zionis tetapi di dalam kesempatan yang ada, dikau sering  menekankan bahawa semua muslim (arab), syiah dan warga-warga yang menuntut hak untuk bernegara di wilayah berkonflik adalah pengganas.

Sesungguhnya tiada liberal Islam yang ada ialah Islam Ad-Deen yang membenarkan masyarakat berinterprestasi dan berperspektif yang benar (sahih) atas akidah  akan tetapi pendekatan yang masih mengelirukan telah menghukum kebanyakan minda misal acara dari asimilasi budaya.

Mahukah dikau mendengar pandangan ku lantaran minat mu pada kegiatan riadhah?

Bagaimanakah  dikau melihat penajaan Olimpik di kalangan negara membangun upaya membawa kemajuan yang menstrukturkan pasarana membangunkan insfrastruktur yang menyusun aktiviti warga dengan realiti tidak lagi perlu kemewahan berganda mega (menurunkan peruntukkan biaya sukan  tatkala kini dunia mengagendakan pencerahan  yang upaya dianggap sejarah pembaharuan apabila peruntukkan biaya upaya  tidak mencecah billion) sebaliknya lebih merencanakan kesan sesudah acara berlansung untuk dimanafaatkan oleh negara terlibat dan rantau sekitarnya.

Dengan lain perkataan penajaan berkebajikan lebih kepada tanggungjawab negara maju atau negara membangun untuk menganjurkannya?

Wajar juga dikau mengambil kira tempuh masa yang dirangka draf perlaksanaannya yang membawa kepada peningkatan kos mengikut pasaran yang sering menekankan keuntungan.

Bagiamanakah pembaharuan  berani yang perlu dilakukan andai dibandingkan dengan usaha-usaha keamanan dan penyelamatan kemanusiaan yang terus gagal dalam dekad yang panjang sedangkan Olimpik disasarkan ‘margin’ tempuh masa di antara 4 hingga8 tahun dengan matlamat penyatuan sementara kemanusiaan yang berbeza pendirian budaya bahasa dan agama  tetap diraih matlamatnya bermula  dari upacara pembukaan hingga penutupnya.

Andai dikau tidak keberatan kitaran ekonomi seperti ini lebih menguntungkan pihak  yang mana ya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s