Bila Cerdik Teman Berunding Bila Dungu? (disuruh arah)

Beberapa tahun yang lalu di sebuah pasar besar di Lembah Klang.

Dengan memaniskan rupa memelihara kata-kata seorang anak muda lelaki cina didekati.

“Boleh bantu saya? Ini mee orang cina atau melayu bikin?”

“Lu kalau talak mahu makan ini barang lu kasi pergi sana jangan cari pasal sama saya.”

Seorang lelaki cina yang lebih berumur mendekati saya.

“Kita ada dua jenis mee.Ini mee aahhh kita tidak jual sama melayu. Awak beli ini mee,”sambil diunjukkannya tulisan-tulisan huruf jawi dan melayu yang mengsahihkan ia buatan orang melayu.Syarikat kecil yang lansung tidak dikenali malah tidak terhimpun sebagai berada di dalam senarai syarikat kroni atau syarikat besar.

Bahasa yang merdu dengan olahan pendekatan yang lebih mesra. Lelaki itu jelas memahami maksud bahasa sopan saya dengan anaknya. Di manakah salah ayat tanya tadi? Bagai mahu berperang bila pertanyaan diluahkan mengikut bentuk klausa yang dibenarkan tetapi tidak difahami.

Beberapa tahun yang lalu  di salah sebuah Muzium Sains di barat terlihat bentuk-bentuk makanan bagi angkasawan di luar orbit dunia. Bentuk-bentuk pil dari jenis-jenis makanan yang diperlukan bagi menghadkan pengeluaran bahan kumuh dari tubuh badan sementelahan air yang dibawa hanya bersifat minuman … isu tidak mandi menjejaskan kesegaran tidak timbul.

Mahukah anak-anak keturunan kita  menguyah pil daging, pil sayuran, pil buah-buahan, pil nasi, pil gandum, pil kentang,pil keju, pil ikan di samping serbuk-serbuk makanan-makanan yang telah dibentuk barukan?

Adakah begini penyelesaianya apabila berterusan dinafikan hak peladang untuk menikmati perolehan yang tinggi hasil dari usaha yang dikerah sepenuh tenaga?

Sakit hati perlu dihindari agar yang sakit bukan minda.

Sekeping cakera padat   terbaharu  untuk permainan Playstation siri ke tiga  dijual dengan harga 249 riyal?

Betul. Ia bukan cakera padat yang dicetak secara tidak sah.

Banyak duit ! Beli buku cuma sekitar 35 ke 70 riyal sering kelihatan seperti tidak berduit.

Lumrah.

Lumrah kerana cakera padat  itu reka bentuk dari Super Mario versi Super Boy yang hanya diteknikkan sesuai dengan kreativiti Playstation siri ke tiga …

Lumrah.

Asalkan ia baru.

Saya baru perasan blog dilahirkan sebagai Kaunter Pengaduan bukan tempat berilham mengoptimumkan kebolehan dan kemahiran.

Hari yang mati buat para pemerhati.

Setelah wujud hari Bisu dan Tuli Sedunia hari ini diilhamkan untuk diwujudkan Struktur Pembetulan Biro Pengaduan yakni menerusi dot com dan dot net.

Antara intisari yang mencirikan pengaduan ialah :

Jenis-jenis keamanan membolehkan diterima pakai ciri-ciri kekerasan misal letupan-letupan bebunga api diizinkan seperti cluster c4 dan sejenis dengannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s