Manusia Tanpa Hak

Longgokan buku-buku sudah tidak terusik. Iri dan dengki antara minda dan jiwa sudah tidak saling berbeza.

“Adakah kesan pencemaran imunisasi individu mengingini hak Tuhan  yakni maksum dari kesalahan?” telepati itu sengaja berpecak silat dengan tingkah yang sumbang.

“Apakah wabak ini mulai menyerang minda warga di tanah air dan ditadah dengan batu belanda yang dahulunya intan permata?”

“Bagaimanakah pemakaian hak Tuhan ke atas jasad manusia tidak dibenarkan?”andai Cik Yvone itu bisa mengungkapkan pasti ia menjadi ujaran keamanan dan bukan radikal yang berwatak militan.

“Putuskan angan-angan kerana telah disebatikan dahulu lagi nasionalis tanpa keadilan yang memelihara hak tertindas hanyalah perwatakan individu yang egois.”

Di manakah sifat Khalifah ke atas jasad tubuh berdirinya sebuah jasad?

Ini alasan tidak upaya disokong dasar dan konsep satu yang sedang ditermabarukan.

Khalifah yang maksum hanya terletak pada diri Kekasih Allah SAW.

Kita hanya berupaya menjadi kekasih kepada manusia sahaja  itu pun akan disabitkan dengan sekatan dan ceraian pasal-pasal kanun kesiksaan jenayah dan akta keselamatan.Seandainya dikemukakan perihal Ketua Agama Islam yang menatijahkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan wujud pemakaian hak-hak Tuhan di mana kesemua hak,keistimewaan indvidu dan kumpulannya serta kuasa telah diberikan keradaan untuk ditempatkan di atas undang-undang kerana diimunisasikan oleh peruntukan Parlimen untuk dibebaskan Ketua Agama dari pendakwaan.

Langgam Tawarikh Cinta menyula jiwa.Kejayaan  dari Dalam menghasut minda.

Marah?

Sifat Khalifah dengan jiwa siddiq di dalam bersuara, berkata-kata dan berperi laku kerana kebenaran tidak dirahsiakan.

Khalifah tidak berbohong atau memperdaya atau menganiaya kerana sifat cela dan cacat buka pakaian Khalifah.

Geram?

Amanah integriti yang membudayakan sikap kewajaran minda yang waras akal kerana memahami khianah itu menatijahkan pembinasaan alam dan ummah apabila kurniaan dari sumber-sumber alam galian telah mengabaikan kegiatan tanah-tanah untuk memelihara hak-hak kemiskinan dihapuskan, sifat Khalifah yang tidak tamak.

Bagaimanakah upaya ditolak risiko apabila persekitaran alam dijadikan antara komoditi di dalam pasaran?

Siapakah yang menjadi mangsa dan dimangsakan?

Khianat di dalam politik ekonomi pendidikan kesihatan antara khianah manusia ke atas manusia.

Khianat hak Allah bagaimana mahu didepani?

Khalifah yang berfikir untuk menyampaikan hanya kebenaran bukan merahsiakan kesalahan.

Adakah sifat-sifat Khalifah-Khalifah ini tidak menjadi keperluan untuk dilepasi kekeliruan yang dijubahkan ke atas globlalisasi apabila penaksiran hanya memerlukan satu dominasi beranika variasi eksploitasi?

Mahu atau tidak Khalifah jawatan yang dilahirkan dari akidah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s