Jana Kuasa Jana Usaha

Buat-Puan-Puan Budiman,

Ingin mendapatkan penjelasan sejauh manakah pengukuhan menghasilkan keuntungan bertindak bijak ke atas remaja yang menjadi lambang masyarakat konsumer alaf kini yang tidak miliki punca pendapatan dan sumber untuk didanakan sebagai tabung membiayai kehidupan masa depan mereka apabila sistem telekomunikasi menerusi bayaran ‘pre-paid’ menjadi lambang pengurupan wang menerusi iklan-iklan komersial di rangkaian media eletronik yang sedia asalnya memang dimiliki oleh tokoh-tokoh berharta dan apa yang tidak upaya difahami  adakah pusingan wang dari tawaran iklan pakej promosi diagih semula untuk tujuan kebajikan?


Bagaimanakah  dikompromikan isu sebegini yang dilahirkan oleh sistem ekonomi dan politik yang mengeksploitasikan sokongan dan kepercayaan pengguna dari kalangan marhaen berpendapatan rendah dan sederhana.?


Bagaimanakah hak-hak pembelaan dari sektor koporat telekomunikasi berupaya melindungi kepentingan mereka  tanpa digunakan sebagai punca dan sumber untuk berkebajikan dari keuntungan yang diperolehi?

Misalannya :

1-  SMS untuk nada dering berapakah nilainya jika dimuat turunkan terlalu kerap belum dihitung dengan kiriman gambar digital yang bernilai sekitar 3 ringgit ke atas.

2-  Apabila panggilan gagal dihubungkan bagaimanakah proses  dilakukan apabila perkhidmatan telekomunikasi yang disenaraikan ini tetap menolak jumlah kredit pelanggan.

3- Apakah keadaan yang membenarkan wujudnya  frekuensi yang  ditaja oleh syarikat telekomunikasi meminta pendapat pendengar terhadap ikon yang diciptakan di dalam mempromosi album-album baru  di kalangan pengguna yang  kuasa belinya lemah.

4- Bagaimanakah ketidak mampuan untuk berkompromi menjadikan sebahagian besar marhaen berpendapatan kurang 3 ribu dianggap sebagai memundurkan minda tanpa mahu berusaha merebut kekayaan sedangkan persoalan yang perlu diwaraskan adalah sehingga bila kita mahu menjadikan generasi baru anak nusa warga kita sebagai masyarakat pengguna ?


Pasti Puan bersetuju mereka yang menghadapi kekurangan wang dan miliki bebanan hutang amat wajar tidak digalakkan untuk berbelanja besar kerana masalah mereka ini akan turut dihadapi oleh penggalak hutang (bank dan institusi keewangan misalnya) melalui tawaran-tawaran lumayan yang perlu dikongsikan persaingannya dalam usaha mensasarkan jutaan penyertaan.

Isunya  di manakah keadilan di dalam berkebajikan buat warga?

Seperkara lagi apakah benar model-model telefon bimbit dan mudah alih kini seakan-akan ‘di design-paternkan’ untuk mudah dikesan penalaan gelombang keluar dan penerimaan masuk panggilan dan  pesanan ringkas.?

Mengapakah  pengguna perlu kerap menukar alat ganti seperti ‘head-phone’ dan ‘plak charger’ telefon bimbitnya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s