Penyu Yang Kedadak

Ingin ditanyakan pada yang sedang merenung skrin komputer ini, jenis huruf yang manakah mewakili Kepulauan Melayu dengan pengenalan Islam sebagai agamanya andai setiap pilihan didakwa penanda yang mewakili benuanya?

Berkurun samudera direnangi masihkah patah kalimah memudar asli petah rimanya bersandar pada kalimah patah huruf yang tiada aslinya?

Apakah hanya  sekolah sahaja yang upaya membuatkan pelajarnya berupaya dan mahir berfikir?

Ya, sekolah upaya didirikan namun apakah yang membuatkan mereka berminat mahu berfikir, mentelaah ramuan resepi adunan pusaka yang dipulih baharukan setiap ketika?

Didakwa saban minggu planet sentiasa mendengari bisikan-bisikan suara.

Apakah maksudnya itu apabila Tuhan adalah yang paling akrab dengan hambaNya?

Tawarikh Cinta seni rumpun gemala sukma

Tidak sesekali melupa usahasama pengambilan dana harta

Dasar perekonomian Baru taburan kaya sesama dia

Bagaimanakah diimbang amanah memperhamba kuasa?

Semaian benih lindungan bulan

Bertunas melimpah kudup mekaran

Apakah siraman menjadi banjir yang disesalkan?

Atau

Sesudah kambus masih yang rahsia jelas kelihatan?

“Apa lagi yang disungutkan?”

“Siapa yang mendakwa akan diuruskan anak-anak orang kaya?”

Sesuatu yang malang apabila pilihan saiz huruf adalah ditujukan sekehendak hati sebagai tugasan tanpa pilihan yang tidak menampilkan makna adakah ia menjadi keperluan di dalam mengenali keupayaan masyarakat yang pelbagai ragam dan jenis tetapi berterusan dikekalkan untuk dipersendakan perbezaannya.

“Bagaimanakah dikau orakkan langkah untuk dihayati hiburan menjadi unsur pendidikan?”ke dua jelitawan itu membisu.

“Pendidikan tanpa meluhurkan akhlak dan moral bagaimanakah mahu dikau memberdayakannya?”ke dua jelitawan itu berpura-pura tidak mendengar.

“Tidakkah mewilayahkan bekalan makanan dirantau yang disengsarakan turut mendapat perhatianmu berbanding menyaringkan suaramu yang tidak merdu itu?”jelitawan-jelitawan itu masih membisu.

“Masyarakatmu bagaimanakah mahu diberdayakan agar mengetahui dan menyedari wujud tanaman berbentuk daun dan bebunga dari pokok hemp yang apabila dikeringkan seperti mana tembakau dan popi ia bukan jenis tanaman yang meransang kecergasan akal,”jelitawan itu kini ku anggap bisu.

Sebeku jiwa ku saat sesudah acara di Geneva, ditatalayarkan oleh ‘dapur antarabangsa’ resepi daging khinzir dengan kuah manisan coklat yang membuatkan minda ku bisu buat beberapa ketika. Terima kasih atas layanan itu setelah dilayani permintaan dan kehendak medan ‘entertainment’  mu.

Pelara yang ‘sakit’ itu ku cuba untuk tidak menambahkan sengsaranya meski jiwa ku yang sakit memendam rasa bisa tubanya racun yang diresapkannya.

“Bagaimanakah yang dikau fahami makna kejujuran dan pemahaman pengagendaan ekonomi baru yang tidak sedia mengasuh dan memimpin setiap warganya agar upaya mengenali kekuatan dan kelemahan diri?”

“Bagaimanakah diabaikan sikap berpengetahuan dari kemahiran berminda itu kini dijadikan strategi beraktiviti yang tidak lagi perlu erti intelek itu hanya disasarkan kepada kelulusan dan lepasan ijazah lantaran makna berpengetahuan dan berilmu itu digandingkan dengan kukuh tunjang akar berakidah yang menjelaskan lapangan matlamat itu dimulakan dengan niat kerana hak-hak Tuhan demi hak-hak Tuhan dan dikembalikan kepada hak-hak manusia yang teraniaya yang diberikan oleh Tuhan meski pun medan dan bidang interaksi adalah di antara manusia sesama manusia.”

Jelitawan-jelitawan itu masih tidak bersuara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s