Debar Debat

Beberapa jam ini diri menjaga jiwa dan minda sendiri namun hati sukar dituba oleh pemanis bicara atau simpulan madu menduga belenggu dan pusingan pertama debat terus bermula (sehingga bila?)

Satu saat dahulu pernah hiba bermain di dada melihat warga dewasa di perkampungan bonda yang sentiasa dihidang talam-talam berisi manisan gula-gula, sehingga pernah bonda yang semakin senja usia bersendirian berpeluh-peluh di dalam bas lantaran setelah memenuhi undangan jemputan walimah anak jirannya, dibawa pula untuk menonton persembahan nasyid di perkarangan berhampiran masjid, hatinya mendengus bersendirian tatkala hampir dua jam menantikan bas kembali dipandu.

Belas dan kasihan mendengarkan keluhan sebahagian kecil warga tua yang diarak ke sana ke sini memenuhi khemah undangan, diri menjadi tempat luahan mereka melepaskan kecewa.

Orang muda dan dewasa tetap berbeza.

Anak sendiri menjadi perbandingan. Seorang remaja yang lansung tidak menabung hasil pendapatan pekerjaan sambilannya sekitar beberapa bulan yang lalu. Hartanya adalah sepasang kasut berjenama sekitar 300 riyal buatan Cina, makan-makan di restoran yang semakin meningkat harga setiap hidangan (pernah bilnya dan rakan-rakan mencecah 1000 riyal yang dibayar berkongsi setelah beberapa rakannya pulang dari ‘off shore’ di dermaga pelantar minyak,  butang jubah bapanya 100 riyal, adik-adik mendapat tajaan kad pra bayar telefon bimbit hampir dua bulan dan emaknya hanya dibayar hutang lama tanpa faedah, kelihatannya tidak adil tetapi lebih tidak adil apabila dia tidak berupaya menyimpan wangnya sendiri.

Cara hidup di sini amat mencabar.

Adiknya semalaman menghabiskan masa di rumah kelab villa kediaman rakannya berendam di kolam,  aduhai tatkala melihat rakannya melepaskan hajat di sudut tempat meletakkan kereta di tengah malam, mengharukan jiwa yang sedia pilu…

“Mereka tidak biasa menggunakan tandas rumah orang ,”alasan remaja yang lazim didengari.

“Di situ juga mungkin wujud hidupan yang melata dan menjadi tempat lalu lalang awam,”perlahan diri mengingatkan.

“Lelaki memang jenis yang kurang sifat malu agaknya,”hujjah lemah kakaknya bermula.

“Kakak cemburu sebab sukar mahu melakukan seperti kami,”fakta yang tidak upaya disangsikan mula bergema.

Kembali kepada debat, seperti halilintar yang mengalirkan arus kuasa tinggi memanah ke hati tatkala terlihat sahaja wajah mangsa-mangsa kemanusiaan.

“Kakak sering bertanya apakah apabila kita gemarkan lagu Mariah Carey, adakah itu bermakna kita tidak sukakan mereka apabila tidak menyukai penampilannya yang kelihatan ‘menarik’?”anak perempuan yang bersikap terbuka mengarah kepada mematahkan ujaran adik lelakinya.

Perkongsian rasa antara kami sering menghala kepada rahsia kerana sama-sama memiliki perasan yang sama.

“Yang kaya akan terus menyukat keuntungan yang tidak beretika masih terus bersuara sebagai pembela,”pantas tanpa dapat dielak  butiran debat kembali bermula.

“Pasti tidak akan kelihatan atau kedengaran ungkapan pengganas militant ekstrimis melainkan persahabatan demi ‘Noth Pole’ berbanding  di Timur Tengah,Palestian dan di Gazza khususnya, hujjah semakin terang isunya.

Akan pasti setiap perjanjian, setiap deklarasi piawaian undang-undang hak persempadanan, taraf pengecualian untuk zon bebas berkecuali perairan selat dan lautan akan diiktiraf dihormati malah diperakui hak-hak kebersamaan memiliki berbanding Pulau Putih. Sehingga kini masih tidak upaya difahami pelepasan yang tidak bersagu hati ini.

Seperti tahu kekesalan diri, dicetuskan pula oleh minda anak-anak mengenai  ‘bail-out’.

“‘Bail-out’ mungkin merupakan rasuah alaf kini yang menyelamatkan kroni dan apakah warga sedar kesemua kepimpinan dan bakal kepimpinan mereka berniaga dan memiliki kepentingan peribadi untuk dipertahankan?”sanggahan mulai berkeras kata.

“Bagaimanakah kewajaran kepimpinan berniaga berbanding negara yang berdagang?”

“Bagaimanakah pemusatan kuasa esekutif tiada undang-undang berhak membatas dan mempertikaikan keluasan kuasanya?”

“Di antara memelihara kepentingan warga dan kroni bagaimanakah ahli-ahli dewan yang berniaga menguat-kuasakan  penguatkuasaan undang-undang ke atasnya?”

Perdebatan perlu dibatalkan. Juri hakim tidak hadir.

Keluhan diluahkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s