Klasik Yang Tidak Nasionalis

Di antara cerita klasik yang pernah ditonton di televisyen tatkala masih remaja adalah mengenai kisah lelaki yang berada di dalam koma tidak sedarkan diri dalam tempuh masa yang panjang.

Walau pun begitu proses denyut jantungnya tetap menurut fitrah yang dikurniakan oleh Tuhan Rabbul Jalil yakni rerambutnya sihat pertumbuhannya di kepala dan wajahnya.

Dia dirawat oleh seorang penyelidik wanita yang menguji sejenis vaksin ke atas seekor tikus sebelum melakukannya kepada lelaki yang tidak mahu mati-mati itu lantaran nyawa sebenarnya bukan berada di tangan manusia untuk menentukan panjang dan singkatnya usia tetapi ia berada di dalam kekuasaan Tuhan yang meminjamkan usia itu untuk merealisasikan maksud cinta dan kasih sayang Tuhan itu tidak sama sifatnya dengan manusia.

Sering yang jahat dan zalim itu dilengkapkan dengan kekuasaan, kekayaan dan rendah moralnya untuk diberikan peluang menginsafi dan menyesali perbuatan khianahnya agar tidak diulangi, namun unsur kehaiwanan antara tabiat yang turut membentuk genetik oleh keturunan yang dilahirkan dengan cara yang tidak siuman.Saat ini andai ada kenalan yang tinggi kemahirannya di makmal mungkin lebih berhikmah cara berbicaranya untuk tidak mengguris perasaan dan minda oleh fakta dan bukti bagaimana kemiripan wajah saling wujud di antara generasi dengan keturunan datuk nenek dan moyangnya yang lalu. Apalagi sifat yang membentuk tabiat. Pecahan kromosom dan komposisi kimia genetik tentu upaya memaklumatkannya.

“Kecacatan genetik lebih utama dihasratkan bagaimana ianya terjadi.”

“Perkahwinan di dalam lingkungan keluarga yang dekat kerana itu larangan sumbang mahram mesti dihayati lantaran hubungan jasad tanpa pernikahan upaya melahirkan kesonsangan keturunan yang berisiko lemah dan cacat di tengah masyarakat yang akan menjadikan di antara mereka saling tidak mengenali walau pun berasal dari keluarga yang sama.”

“Kamu doktor?”

“Andai meminta pergi katakan sahaja,maklumat di buku untuk apa jika tidak mahu dimanafaatkan.Doktor sahajakah yang pandai membaca?”

“Anak-anak yang dilahirkan tidak bersalah tetapi keterlaluan manusia meletakkan cinta dan kasih sayang dengan ukuran tertentu dengan kebendaan yang dinatijahkan oleh materialistik menjadikan risiko  ‘buta’  sebagai penyakit yang  dihidapi oleh masyarakat dunia masa kini.”

Berbalik kepada cerita yang ditonton itu, pesakit yang koma telah tersedar namun kehilangan akal untuk berfungsi sebagai manusia dewasa.

Dia dirawat sebagai seorang kanak-kanak kecil yang dilatihkan satu persatu tahap kemahiran.

Antaranya setiap hari diajar dengan melihat model sebuah kereta merah (tidak ingat antara merah dan biru ) jenis Austin dengan ungkapan ‘stop that red car’ berulang kali.Dia juga turut diajar ungkapan, ‘good day’ dan ‘thank you’.Watak lelaki itu amat terbatas perbendaharaan katanya. Namun perkara-perkara ini kemudiannnya telah menyelamatkan lelaki ini yang sesat setelah keluar bersendirian dari hospital yang menjadi rumahnya.

Lama kelamaan perhubungan intim doktor dengan pesakit ini sebagaimana menjadi ‘trend’ yang mudah dibaca dari filem barat yakni perlu terikat mengikut apa yang diskripkan, timbul persoalan apakah tidak boleh diubah apa yang bukan menjadi teladan yang baik untuk diikuti  oleh penonton?

Watak itu  perlu saling suka menyukai (sehingga lakonan mereka memunasabahkan perzinaan berlaku di dalam set lakonan yang disaksikan oleh jurugambar, pengarah dan penjaga lampu).

“Isu sudah basi dan bukan baru lagi.”

“Tetapi jelas isu yang diujarkan usang ini tidak ada pembaharuan untuk melihat nilai moral dan akhlak capaian tinggi intelek ummat tatkala rasuah dan salah guna kepercayaan bukan lagi kesalahan.”

“Adakah kamu tahu bahawa mereka yang bukan muslim dan tidak mempercayai agama tidak mahu termasuk ke dalam maksud ummah?”

“Bagi ku komuniti ini sukar untuk tidak didefinasikan sebagai manusia lantas  perlu juga dipanggil  mereka ummat yang menjelaskan bahawa Islam tidak mengabaikan mereka walau bagaimana jenis dan sikap tabiat perwatakan yang ditunjukkan oleh kemahuan dan kehendak mereka.”

Kembali semula pada cerita di televisyen itu sukar  diimbas lagi namun rasanya tanpa pengetahuan penyelidik wanita itu, lelaki ini telah menemukan tikus yang menjalani rawatan dari suntikan itu yang  diperhatikannya setiap hari,walau pun dengan cara mencereboh tanpa izin kawasan larangan itu.

Akhirnya wujud perlakuan yang ganjil di mana tikus itu tidak lagi aktif tanpa tindak balas pada makanan yang disajikan dan akhirnya mati.

Dan lelaki ini mulai menyedari suntikan yang sama yang diterimanya selama itu akan menatijahkan kesan yang serupa.

Mulai hari itu lelaki ini mulai menjauhi dirinya dari penyelidik itu dengan mengasingkan diri dan sekali lagi kitaran permulaan berlansung, dirinya kembali tidak berfungsi sebagaimana awal sesudah sedar dari koma, murung dan tidak lagi berkomunikasi dengan penyelidik itu yang akhirnya… sudah tidak upaya diingati bagaimana kesudahannya.

Apa yang pasti skrip itu tidak boleh memandai-mandai ditamatkan. Ia bukan hak diri penonton untuk menentukannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s