Andai Bersayap

“Andainya bersayap saat ini juga ingin ku pulang,”tidak terucap bicara itu.

Perlembagaan Persekutuan antara buku yang sering menjadi teman bicaranya.

“Parlimen bukan tempat yang tepat bagi  membezakan perwakilan-perwakilan yang diberi kepercayaan oleh rakyat,”masih suara tidak berbicara sebagaimana lazimnya.

“Maksudmu Parlimen bukan tempat bagi dibezakan pihak kerajaan dan pihak pembangkang?”

“Benar, kerana ia masih tertakluk kepada wakil yang dipilih oleh warga negara secara sah seperti yang diberikan oleh undang-undang.”

“Rakyat juga tidak wajar dilihat sebagai pembangkang jika tidak memilih parti dari kerajaan kerana hak kewarga negaraan secara sah dipelihara oleh undang-undang untuk mereka memilih,”sayu bicara kedengaran.

“Perwakilan adalah individu yang  mewakili rakyat yang memilih mereka untuk ditangani kebajikan dan permasalah yang dihadapi oleh penduduk setempat. Mereka tidak mewakili diri untuk peribadi mereka sendiri,”semakin lemah suara berujaran.

“Warga tidak mengetahui apa yang berlaku di Parlimen yang menjadi tempat suara mereka diwakili.”

“Namun bagaimanakah perdebatan dan hujjah di Senate Amerika dan Parlimen England lebih mendapat sebagai rujukan? Rakyat di pendalaman tidak mendapat manafaatnya,”rawan itu semakin berhiba.

“Apakah dikau mahu mempertikaikan makna kemerdekaan yang membebaskan negara-negara dari penjajahan ?”

“Cuba dikau jelaskan padaku sehingga ke peralihan kali ke berapakah peringkat millineum, baru negara-negara yang merdeka ini benar-benar  berupaya berdikari membangunkan warga tatkala akibat himpitan pentakrifan negara-negara maju, negara-negara membangun dan negara-negara miskin dan mundur, masih yang  diutama hanya negara-negara yang sama.”

“Mungkinkah kerana warga lazim disekat dan dikongkong oleh pilihan undang-undang yang dilaksanakan ke atas mereka yang mengecualikan kumpulan-kumpulan tertentu di dalam sosial masyarakat kita, menjadikan terhalang penyertaan dan penglibatan bersama mengusahakan kemajuan oleh tiada agihan keadilan untuk berperanan?”

“Mahukah diterima bahawa perwakilan dari Pakatan Rakyat wajar juga dilihat sebagai kerajaan yang sah untuk diiktiraf mewakili tanah air ke peringkat dunia di dalam usaha bersama menangani cabaran-cabaran alaf?”

Tiada menjawab.

“Upayakah dikau menerima hakikat bahawa sekatan dari peraturan dan undang-undang di peringkat Kolej dan Universiti membawa ke peringkat nasional menerusi penggunaan ISA dan larangan-larangan yang merelevankan warga dan perwakilan tanah air kelihatan tidak upaya mengembangkan potensi dan semangat keintelektualan minda itu sendiri menjadikan warga menerima paling minima usaha kebajikan?”

Diam dan kamar itu hening semula.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s