‘Dominasi’ Siapa Yang Berjaya (?)

Membuka buku lama terbaca catatan luka.

Hah, catatan luka?

Terkenang sesuatu buat dikumuhkan toksid yang madu manisnya telah menjadi tawar.

“Apakah titik kehilangan beg salah seorang pegawai kamu yang diambil secara berencana oleh anggota kerjanya sehingga beberapa pegawai-pegawai atasan perbukitan turut bersoal siasat juga merupakan skrip?”

“OOOhhhhh kamu menghafal skrip rupanya.”

“Sementelahan pegawai kamu itu hanya ditawarkan pekerjaan oleh penjawat-penjawat kroni di Ladang Tenggara di selatan. Adakah kamu sedari pegawai kamu ini berusaha menghindari rasuah-rasuah yang mulai mengusutkan mindanya? Tahukah kamu sekali dua dia berupaya menolaknya namun bagaimana jika berkali-kali ia ditunjukkan? Tahukah kamu faktor ini menjadikan lapangan pekerjaan baru perlu dimulakan tetapi kerana pendirian ini ia ditahan di penjara?”

“Membela siapa?”

“Bagaimanakah nasib warga yang hanya berstatuskan warga negara sahaja tanpa kedudukan tanpa kepentingan tanpa kekerabatan apakah nilai kesejahteraan awam itu tidak wajar dimilikinya?”

“Kamu menyentuh juga tentang wilayah-wilayah  yang dikronikan,bukan?”

“Ya, di manakah letaknya taraf warga wilayah-wilayah yang dikonspirasikan itu? Belas kasihan dan pertimbangan kemanusiaan dihilangkan.”

“Bukan dihilangkan tetapi diperniagakan! Pantaskah begitu maksud yang tersirat? Dasar siapakah yang ditadbirkan?”

“Buat apa mahu marah. Itukan hanya skrip sahaja.”

“Berasa marah dengan hak salahkah apabila tidak diemosikan?”

“Apakah pantas mereka selama ini sesama sendiri bersengketa lalu mahu diundang warga mengikutinya?”

“Peratus pecahan keuntungan yang memiskinkan warga yang ku maksudkan sehingga lama masa terbazir begitu sahaja sedangkan kita semua tahu kita bebas memilik hak untuk memilih?”

“Itukan cuma skrip.”

“Bagaimanakah menulis tanpa berbohong, berfikir untuk tidak  berbohong, berindera rasa untuk tidak berbohong, berbicara dan bersuara untuk tidak berbohong? Masih memerlukan skrip jugakah.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s