Juru Salem

8/Rejab/1429

Dicubanya memberikan salam tatkala melihat wajah yang tiada ceria oleh mencukanya seraut rupa yang kelam.

“Puan.”

Sapaan itu tiada sambutan. Mungkin dia wanita yang masih perawan.

“Saudari tahukah bahawa negara saudari adalah satu-satunya negara yang tidak dibenarkan untuk warga dari tanah air saya mengunjunginya.”

Tiada sapaan mesra yang menjelaskan kemanusiaannya. Seluruh roman wajahnya seakan-akan tiada tindak balas pada saraf-saraf dan otot pipinya. Mungkinkah kekejangan ini ekoran dari kelaziman kebiasaannya mematikan segala indera rasanya?

“Di zaman serba berinovasi ini ia menuntut dijelaskan bagaimanakah pada pandangan saudari wujud sebuah negara dan kerajaan yang tidak diiktiraf kewujudannya sedangkan telah diketahui bahawa keturunan Yahudi telah diterima sebagai sebahagian dari warga dan masyarakat dunia?”

Masih tiada tindak balas dan berterusan dia membisu untuk melatih kesabaran ku.

“Pembangunan di dalam sosial sebahagian darinya dibangunkan oleh sifat berpengetahuan dan peka intelek yang berasaskan kepada saluran permaklumatan dan laporan yang tidak lagi upaya merahsiakan kebenaran bahawa saudari tidak boleh berterusan mengamalkan sikap membisu seperti ini.”

Masih sama pandangannya pada hala yang satu tanpa sedia menoleh atau berpaling kepada suara yang mengujarkan tanya.

“Tanpa mengkritik bagaimanakah upaya komuniti di antara masyarakat kita terlibat di dalam usaha memakmurkan dunia ini?”

Sememangnyakah etnik ini menjadi ujian buat ummah sepanjang zaman buat mengusahakan kekuatan untuk bertabah diri dan bersabar jiwa yang tidak lagi mewajarkan hanya  bersandar pada emosi sahaja.

“Budaya kesukarelawan telah diketahui menjadi tema untuk aktiviti di pihak negara saudari di dalam mengenali keperluan dan kehendak yang menghubungkan kewajipan dengan tanggungjawab alam kemanusiaan malah telah menyalur ke medan hiburan yang memudarkan asli berperibadi berlandaskan keimanan.”

Sememangnyakah keangkuhan itu sifat ego pembawaan dirinya yang bersalasilah dari rumpun keturunan rumpun genetik yang telah dizuriatkan? Kesabaran mulai tercabar.

“Kami di Asia Tenggara amat menyedari betapa eratnya perhubungan di antara keturunan Arab dengan Yahudi sehingga kemusliman kami seringkali tidak upaya menandingi keeratan ini.Lalu benarkah keeratan itu bukan hanya dakwaan sahaja?”

Pandangannya yang tidak berfokus seolah-olah perawan ini buta. Diamnya seumpama bisu dan tiada balasannya ibarat tuli namun ada sesuatu yang sukar diterjemahkan bagaimana kesabaran ini terus kekal.

“Menjawablah kerana  ingin diketahui bagaimanakah upaya globlalisasi dinafikan sebagai punca kemerdekaan sesebuah negara dan kebebasan warga terhakis sehingga kejumudanmu ini membenarkannya.”

Tuhan sesungguhnya hanya Engkaulah sahaja yang tahu erti penciptaan etnik ini kepada alam.

“Pencatatan ini tidak bertujuan memberdayakan mana-mana kepentingan.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s