Resah Bunian

“Apakah agama Kristian tidak memiliki akidah Cikgu?”

“Di kelas kita ini mana ada pelajar yang bukan muslim?”

“Adakah keterlaluan kepada cikgu andainya kita mewakili mereka untuk dihayati soalan tadi?”

“Saya rasa ia akan menjadikan kita tidak bebas dan perlu berpura-pura sehingga perlu menuntut pengorbanan sekiranya sukar menyetujui apa yang kita ketahui mengenai mereka.”

“Cikgu amat jujur dan tidak bersedia berbohong walau pun ini hanya rencana sahaja.”

“Kamu mahu mengabaikan ajaran agama kita?”suara cikgu mulai meninggi.

“Bagaimanakah perkaitan moral kemanusiaan yang terabai apabila tidak ditolak peperangan ke atas warga yang lemah (dari sudut-sudut material lantaran tidak seimbangnya alat-alat pertahanan diri) menjadikan dipercayai wujud kaum atau agama yang bersifat ganas?”

“Kamu mahu membawa kelas ke wilayah yang mana? ISA masih belum reda kini kita mahu ke mana?”

“ISA itu kezaliman Cikgu.Bagaimana upaya ditelah stuasi sebuah negara menjadi medan berkancahnya peperangan sesama warganya.”

“Pada pendapat kamu?”

“Sebab wujud kezaliman dan penganiayaan. Itu sahaja.”

“Bagaimana kamu mahu mendepani ketidakbolehan melihat kezaliman dan penganiayaan?”

“Cikgulah jawab.”

“Isu kamu kali ini?”

“Bagaimanakah konsep untuk menjadi kekasih Allah upaya menukar persepsi untuk berbudi kepada alam dan penghuninya dalam tafsiran ibadah bukan sekadar untuk berteori tetapi perlu beramali,Cikgu?”

“Salin catatan di depan!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s