Mata Melihat Hati Menilik Minda Berasa Sakit

Sukar mendapatkan maklumat sahih mengenai war-waran Pemansuhan ISA yang telah dimaklumkan kepada massa sebulan awal dari tarikh ia direncanakan di siber, begitu juga dari hubungan talian telekomunikasi kenalan siber.

Kesangsian mulai bermaharalela untuk detik-detik awal pelayaran di siber pada 1 Ogos itu.

Mengharapkan liputan secara ‘live’ di rangkaian stesyen televisyen di sini pada laporan setiap peristiwa tidak berlaku kerana meski pun wujud kepantasan perhubungan masih paparan berita di luar Teluk hanya akan ke udara sesudah sehari dua peristiwa berlaku.

Sah ia lewat dan bukan merupakan berita terkini. Begitu juga di radio paparan beritanya terlalu umum dan terlalu singkat untuk diikuti isi pemberitaan. Malah untuk mengikuti berita semasa tanah air tidak lansung diharapkan dari radio manakala televisyen amat terhad liputannya untuk berita-berita semasa di Asia.

Berasa seperti kurang berbaloi dengan jumlah yang dibayar untuk menikmati kemanafaatan berinformasi.

Lantas berasa bungkam dengan stuasi yang dihadapi.

Mungkin tidak serupa kebungkaman  yang dirasai oleh peserta perhimpunan warga khususnya isteri dan anak-anak mangsa tahanan yang turut berperanan memberikan kefahaman  secara meluas kepada   masyarakat yang mulai ingin menyumbang bersama keperihatinan rasa menerusi perhimpunan yang dibenarkan oleh undang-undang.

Mungkin ini antara sekecil jasa sebagai tanda berasa bangga menjadi rakyat sebuah negara yang berdaulat yang memperuntukkan khas kebebasan berasasi untuk setiap warga berhimpun, bersuara dan berorganisasi.

Mengikuti paparan lansung dari TV Antara, sekitar jam 12 waktu tempatan terzahir perhimpunan aman warga tanpa apa-apa alat yang upaya dizahirkan sebagai senjata.

Sekali gus membuktikan bahawa Pakatan Rakyat adalah sebuah kerajaan yang bersedia melakukan pemeliharaan undang-undang ke atas setiap warga kerana ia mensahihkan ketidakupayaan ISA menjadi senjata untuk menafikan kebebasan berasasi yang dimiliki oleh setiap manusia.

Minda menegaskan kerajaan Pakatan Rakyat kerana tidak kelihatan perwakilan rakyat dari pihak kerajaan Barisan Nasional.

Tidak kelihatan  tentangan dan aktiviti ganas dari pihak peserta yang mengsahihkan mereka memahami peraturan yang diberikan oleh pihak yang berusaha.

Memerhati tidak lengkap jika tidak dihayati.

Mengapakah warga disirami dengan air dan dihujani dengan tembakan gas pemedih mata?

Bagaimanakah warga ditahan tanpa sabit kesalahan untuk didakwa?

Apakah keperluan warga dikurung dan dibiarkan di dalam kenderaan tanpa terus dibawa ke balai polis?

Bagaimanakah perwakilan di Parlimen dibeza-bezakan ‘pengiktirafannya’?

Mengapakah warga perlu dikasari seolah-olah mereka tidak berpengetahuan mengenai hak mereka oleh polis?

Benarkah pasukan keselamatan berupaya menjadi pihak yang menjadi tempat warga dipelihara hak-hak mereka?

Andai upaya dinilai semula jenis-jenis salah-laku di dalam beramanah, penguatkuasaan ISA mengapakah sebelum ini turut   digunakan untuk perasuah dan penyalah-gunaan kuasa dalam beramanah yang memunasabahkan dinilai semula dari sudut bagaimana penyonsangan etika dalam melaksanakan tanggungjawab dari kalangan para penguasa, yang mengikrarkan sumpah janji menerima kebertanggungjawaban sebagai Ahli Majlis Parlimen di Dewan Negara dan Dewan Negeri.

Ini adalah kerana pentakrifan makna hilang akal juga sebenarnya berlaku yakni apabila hilang upaya  mengawal nafsu untuk beramanah, sehingga memufliskan negara dengan bebanan hutang yang disanggakan ke atas marhaen yang tidak terlibat dengan mana-mana salah laku tetapi diminta mendepani kemiskinan dengan sepenuh kesedaran.

Apakah upaya direlevankan untuk diwar-warkan  penyata ke atas setiap butiran pendapatan  yang  dihasilkan dan bagaimana perbelanjaan diagihkan semasa siri kempen memilih perwakilan dilansungkan?

Dalam makna kata yang lain penjustifikasian ke atas erti keganasan perlu juga perspektif baru dari sudut psikitrit tingkah laku yang dilahirkan dari sosial, cara pemikiran yang menghasilkan sikap semula jadi sesuatu keturunan sehingga membudayakan kepercayaan berasaskan pegangan yang mengelirukan hingga melihat keamanan perlu berdiri dengan kebencian permusuhan seperti yang dilaksanakan oleh sesetengah dasar dan pengaruh kegenatikan.

Kita akan melihat ISA sebagai salah satu cara untuk menyelamatkan negara tetapi apabila ia sekadar untuk menghalang hak-hak kebebasan bersuara berhimpun dan berpersatuan (yang pasti mematuhi undang-undang) untuk menjelaskan dan menerangkan permasalahan yang diabaikan,menyempitkan ruang berkongsi pandangan yang upaya dimanafaatkan dan menjadikan individu yang tidak berdosa yang sabit kesalahannya diatur untuk dipatuhi kehendak-kehendak tertentu dari pihak di luar negara, tiada perbicaraan yang adil untuk penggunaan ISA adalah lebih baik ISA dimansuhkan dan digantikan dengan kaedah mendidik yang lebih terarah dan berfokus untuk kesan-kesan yang lebih meninggalkan pengaruh baik misalnya kepatuhan kepada agama.

Bagaimanakah ditolak faktor kemiskinan turut  menjadikan sosial rosak dan ia adalah hasil dari kuasa politik yang tidak beramanah?

Perlu juga disingkap maksud sebenar persefahaman bantuan teknikal dari luar ke atas makna menyelamatkan negara untuk bebas dari percaturan pengurus tadbir yang memiliki saranan-saranan tersembunyi untuk mengawal sumber keewangan dan harta sesebuah negara kerana telah dijelaskan untuk dirangka idea dari perintah Allah,”dan Allah memberikan satu pengibaratan yakni sebuah negara yang aman dan damai juga tenteram yang didatangi dengan rezeki yang mewah dari berbagai punca.Kemudian penduduknya kufur dengan nikmat Allah lalu Allah datangkan kelaparan dan ketakutan yang meliputi segalanya berpunca dari apa yang telah mereka sendiri lakukan.”

Adalah benar ISA mesti dimansuhkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s