Label

Mengimbas perbualan sejurus sesudah Subuh dengan anak remaja lelaki mengenai penderita penyakit jiwa.

Ketidak bolehan anak-anak lelaki berdoa menggusarkan diri.

Mereka tidak dapat meraikan cinta Allah dan menyambut kasih sesama ummah lantaran tidak berminat berdoa yang dialaskan oleh tidak mampu berdoa.

Lantaran menjadi makmum yang hanya mengikuti perbuatan imamkah sedangkan pengucapan doa imam kebiasaannya teratur dan panjang dengan kelancaran berbahasa.

“Mak tidak mahu ajar,” kelaziman keselambaan anak-anak lelaki meletakkan kesalahan kepada ibunya.

“Berilah buku, tuliskan besar-besar mudah untuk dihafal, “memperlihatkan watak dan tabiat lelaki memang gemar memerintah.

“Bermulalah dengan permohonan mendapatkan kebaikan di dunia dan di akhirat yang telah dirakamkan di telefon dulu.”

“Setiap yang baik bermula dari niat yang jelas dan niat yang diterima Allah niat yang mencetuskan perbuatan baik tanpa meminta balasan namun tidak dilakukan tanpa penganiyaan yakni tidak mengambil hak yang bukan menjadi milik kita.”

“Bagaimana mahu diketepikan hak Allah yang mengetahui setiap kalimah setiap perbuatan malah niat yang tersembunyi di hati tetap tidak menjadi rahsia kepadaNya.”

“Sekadar yang kita faham itulah yang dilakukan tetapi wajib ditambah agar yang sedikit menjadi banyak fahamnya.|

Tidak pula memadai dengan niat sahaja tanpa melahirkan perbuatan. Menjadikan kita tidak ingin beramal dengan hanya memiliki niat sahaja ia jelas salah dan tidak benar dalam beribadah.”

Bertalu-talu diujarkan.

“Niat itu senang mahu difaham. Ambil misalannya perintah  menutup aurat mesti digandingkan dengan ilmu yakni faham dan yakin mengapa aurat mesti ditutup.”

“Siapa yang menyuruh.”

“Mengapa disuruh.”

“Bagaimana suruhan dan perintah itu menjadikan kita sempurna beriman.”

“Sehingga  kefahaman itu menjadikan kita bersedia beramal dengan suruhan itu yang menatijjahkan selama mana kita kekal menutup aurat sehingga upaya dari penutupan ini melahirkan akhlak yang baik,  kita akan mendapat pahala. Kekal berterusan ibadah ini memberi pahala.”

“Selama ini apabila  selalu mencerca rakan wanita dengan memaki dan menggelar sesedap rasa tetapi tidak upaya menuturkan dengan baik kesempurnaan berhijab, misalnya jika dadanya masih terbuka walaupun bertudung, perlahan-lahan diberitahu dia kelihatan lebih cantik dengan dada itu tertutup sama.”

“Tidak diterima oleh kebanyakan mereka malah nanti dimakinya semula kita.”

“Realitinya kita suka melihat wanita muslim menjaga aurat. Kita mudah tertawan dengan penampilan wanita yang bertudung sehingga wujud rasa kasih. Hati yang tidak sakit dia gembira dengan apa yang dimiliki oleh orang lain,rasa bersyukur kecantikan yang Allah berikan sebagai anugerah. Bila hati dan jiwa sakit wujudlah rasa iri dan hasad. Wajarkah sesama wanita yang beriman berhasad sesama sendiri? Wajar juga ditanyakan adakah sedia sesama rakan kamu beriri sesama sendiri sehingga terbit cabar mencabar untuk mempengaruhi dan malangnya sedia menjadikan wanita sebagai pertaruhan yang diperjudikan?”

“Masalah lebih besar bila lelaki memandang wanita yang berhias secara berlebihan sehingga lupa sifat yang dimilikinya sebagai seorang bapa atau suami jika telah berkahwin, adalah sentiasa mahu diteladani dan dibanggai kehadirannya sebagai suami atau seorang bapa. Namun andai teladan yang di sebaliknya dizahirkan atau dirahsiakan bagaimanakah mahu jujur dipersembahkan?”

“Umur muda jiwanya remaja namun remaja jugakah buat usia yang semakin bertambah tua? Lantaran  itu yang disebutkan perlukan pemahaman iman yang menyedarkan nilai Islam kita. Solat misalnya  jika dilakukan kerana malas mendengar leteran dan teguran  tidak sempurna solat itu untuk menjadikan solat itu menjauhkan kita dari maksiat. Nilai solat itu yang perlu diuruskan- walau pun sempurna wudhuknya.”

Pandangan anak tepat masuk ke dalam mata.

Hadis tentang niat bagaimanakah upaya dihadamkan saranan dari wasiat Junjungan SAW  dari Taman-Taman Syurga ke dalam minda penggemar siber dan riadah bola ini yang miliki kekuatan berusaha mahu mewakili pasukan bola sepak dan mahu meninggalkan tabiat merokoknya.

Hari ini hari ke dua dia berjaya tidak menyentuh rokok.

Alhamdulillah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s