Optik Berokratik

Ditemui helaian warkah yang bertulis tangan.

Warkah itu dihalatujukan tatkala kunjungan seseorang yang secara tiba-tiba dialu-alukan dengan sangat meriahnya oleh salah sebuah institusi tertua pendidikan di Kota peninggalan Firaun .

“Jangan marah!”tiba-tiba terdengar satu permintaan.

“Usah melazimi menerima sahaja alasan manusia tidak sempurna bagi setiap kesalahan sedangkan akal diberi untuk berfikir agar upaya diasingkan di antara hak dan yang batil.”

“Kamu tidak tahu sakitnya dimanipulasi.”

“Metanaratif baru pakaian moden apalah sangat yang mahu dikudiskan.”

“Pemeliharaan sempadan kini tidak berbatu tanda dan cuba dikau terangkan perkongsian bijak yang manakah didakwa permuafakatannya tatkala wujud warga yang tidak termampan oleh undang-undang?”

“Dengarlah ujarku tatkala takluk manusia lebih dipaksikan takluk Tuhan disisikan, jahil tidak menjadi pakaian diri biar diujub diumpat keji, setiap peribadi yang miliki bebas diri tidak akan mudah dan boleh diarah sesuka hati jika benar-benar faham maksud demokrasi dikau tidak perlu berhipokrasi. Memprotes itu mengelak benci walau sakit di hati membakar diri.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s