Sumbang Siih?

“Syair-syair dan gurindam puisi bagaimanakah mahu dikekalkan menjadi bahan bacaan?”

“Gundah apa yang bertamu setelah sekian lama bertabiat membelek-belek buku?”

“Warga di sini tidak suka membaca.”

“Ia telah menjadi kenormalan dewasa ini, usah diendahkan.”

“Namun ia telah menimbulkan persoalan selama berdekad ini siri penajaan penulisan buku-buku yang menjadi warisan tradisi didanakan sehingga wujud penatia dan jabatan khusus bagi menyelidiki pemikiran-pemikiran dan kerasulan Rasullullah SAW dan para sahabat sehingga ke nusantara yang didominasikan penulisannya, sebenarnya mengarah kepada apa dan mematlamatkan apakah tatkala terserlah ia menjadi antara punca kelewatan berkemandiriannya hampir kebanyakan warga di negara muslim.”

“Apakah dakwaan mu?”

“Mereka hanya ada bualan-bualan kosong yang tidak membina pembangunan minda rohani hanya sekadar sendaan-sendaan untuk menyembunyikan kesengsaraan dilapah oleh kehendak keinginan beriman.”

“Maksud mu?”

“Pintu dan jendela untuk menjadi selebriti dibuka seluas-luasnya sehingga minda ku tidak mengerti.”

“Setiap perkara perlu dibantu oleh kepopularan yang mana andai tiada kebergantungan seperti ini mereka tidak punyai kuasa untuk menguasai, begitukah maksud mu?”

“Ya mana wujud makna iman apabila hanya sekitar bergossip tanpa asas-asas yang upaya dimanafaatkan. Mungkinkah diabaikan pesanan tentang fitnah di akhir zaman?”

“Kamu mempertikaikan sumber atau teladan yang mahu dicontohi?”

Pertanyaan itu membuatkan ditelaah bagaikan diatur menjelangnya Ramadhan disambut oleh musim-musim mempersaingkan liga bola sepak yang dipancar terus menerus ke kaca televisyen. Tiadakah kelihatannya hakikat bahawa bulan-bulan hijriah tahun Islam tidak menjadi antara ciri budaya arab? Apakah sebetulnya sememangnya wujud perbezaan di antara budaya Islam dan budaya arab seperti mana yang wujud krisis berbudaya di hujung benua atau kita sebenarnya terpana pada kemodenan sebagai lambang kemajuan?

“Upayakah moden menjadi jerat yang tidak sesekali melupakan umpan?”

“Daku tidak faham maksud mu siapakah jerat dan siapakah umpan?”

“Bagaimanakah proses pembacaan sekian lamanya ini penelaahannya menemukan pembinaan sifat-sifat sederhana muslim dalam membangunkan negara mereka setelah diberikan kemerdekaan yang mana pencapaian berbagai bidang kemahiran telah berjaya dioptimumkan tanpa diberdayakan potensi sebenar mereka sehingga yang tidak upaya bersaing yang serba ditinggalkan dan yang upaya dimundurkan adalah mereka berbanding pemberi kemerdekaan buat mereka?”

“Percayalah tiada siapa yang memberi perhatian terhadap apa yang dikau ujarkan.”

“Tidak mengapa. Setelah mereka berjaya membuat kekayaan, ini semua hanya akan diungkap sebagai sampah. Realiti ini tidak akan mereka sanggah. Itulah kemajuan peradaban dan kemodenan. Tiada apa yang mahu dihairankan.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s