Ladungan Rindu Di Halaman Kampung

Dia menahan hati untuk mendengar sungutan-sungutan yang diluahkan di antara dengar dengan tidak.

“Sememangnya saya tidak suka menggunakan Microsoft Office setelah beberapa email peribadi yang menggunakan Microsoft  Office Outlook hilang begitu sahaja. Saya anggap ia sebagai pencurian idea yang menghitamkan makna berpengetahuan pengambilnya”

“Tidakkah kamu hayati bahawa pada realitinya semakin ramai tidak menggemari untuk menggunakan Window Vista? Bukankah Ramadhan mu meminta kamu bersabar?”

“Sebenarnya Roh Ramadhan semakin jelas menitipkan wasiat memenuhi seruan bahawa di antara hak dan batil ia menempatkan kebenaran untuk dihayati. Kamu tahu kepada siapa roh itu menyelinap memasuki memenuhi ruang?”

“Lebih kepada hati dan sukma orang arab,”jawapan yang membuatkan dia tersenyum sumbing.

“Bukan mereka sahaja yang muslim,”senyuman itu semakin pahit.

“Di dalam merenung taakulkan kesan didikan Rasul SAW ke atas jiwa masyarakat jahiliah pada waktu itu, sukar mahu memahami makna yang tepat sifat malu yang dimiliki oleh kanak-kanak khususnya apabila dibawa ke realiti alam siber  masa kini,”senyum yang pahit itu meluahkan rasa.

“Apa yang mahu dikau kaitkan di antara jahiliah masa lalu dengan masa kini?”

“Sempadan-sempadan yang dibina had dan horizonnya oleh Amerika Eropah India Jepun dan lembah-lembah silikon yang kini dimuat turunkan dengan mudah di paparan bualan-bualan santai di laman-laman website yang membenarkan pencabulan undang-undang dan hak bermilik.”

“Apa pula perkaitannya dengan bulan Islam Ramadhan mu?”

“Ramadhan ku bukan hanya bulan tanpa roh seperti mana bulan tahun masihi mu yang menjadikan batasan horizon buat menghitung masa dari perjalanan siang dan malam. Ramadhan ku mengasimilasikan erti ehsan itu umpama kamu melihat Allah dan merasakan kehadiranNya untuk melihat penghayatan hamba-hambaNya bahawa Allah itu wujud berdiri dengan sendirinya. Ehsan itu hilang dari dakapan insan saat Ramadhan pergi meninggalkan kemanusiaan.”

“Lantaran itu dikau berhangat hati pada siri liga dan pelbagaian jenis pertandingan?”

“Kami boleh berbuka puasa tetapi bukan kerana keletihan oleh pertandingan.”

“Ramadhan mu memiliki ruang yang luas pengertiannya?”

“Empayar halunisasi kini semakin bersistematik,”minda terhenti sebentar secara tiba-tiba bukuan gumpalan luahan yang berkudis di qalbu menjelma  saat tertala  tersembunyi silih berganti antara paluan gendang dan irama serunai cina dengan iklan ‘incredible india’ di slot penaja. Apakah niat mereka? Membuka tender barat di timur setelah menaja utara di selatan?

Secara tiba-tiba terimbas semula apakah  makna ‘unity God’ di salah sebuah penerbitan TV Islam yang menatakan pandangan cendiakawan Perancis terhadap keunggulan sifat Rasullullah SAW…catatan September tahun lalu tidak berjaya diingati. Liberal sudah menjadi sifat masyarakat di sini, mungkin ia jawapan yang tepat.

“Ramadhan ku bukan hanya nama dan pecahan dari ribuan istilah. Ramadhan ku tidak wujud pengarahan yang memaksa kerana itu bagi yang baru menganut Islam ku, dia bertuah kerana diberi istimewa untuk menjadi manusia yang bersih dari dosanya di masa lalu. Jahil masa lalu tidak dihitung oleh adilnya agama ku.

“Lalu yang dihangat minda dengan sistem perisisian komputer apakah alasan mu?”

“Mereka mahu menentang fakta dengan fitnah menerusi sistem perisian komputer.”

“Maksud mu teknologi siber teknologi yang tidak pintar?”

“Ia bersifat psiko yang ketagihannya upaya mematlamatkan pembinasaan insan dan peradaban kemanusiaan tatkala undang-undang juga upaya dijadikan alas kaki kelompok pilihan.”

“Porno maksud mu?”

“Bicara-bicara lucah dan keji.”

“Apa yang mahu diendahkan. Di televisyen aurat-aurat kejantinaan juga menjadi gurauan di antara kanak-kanak dengan bapa mereka.”

“Daku gagal memahami isu mu.”

“Daku mahu mengumpulkan kelompok profesional yang menderita penyakit psiktrit sehingga menjadi psiko yang upaya memasukkan juga kelompok penggemar rasuah dan penyelewengan amanah.”

Keluhan yang berat kedengaran.

“Ummah tidak memerlukan keprofesionalan yang upaya dilihat sebagai virus.”

“Apa lagi maksud mu?”

“Keprofesionalan seperti itu upaya diresapkan secara asimilasi untuk diduplikasikan ke atas pemikiran dan minda juga sukma anak isteri ipar lamai menantu saudara sepupu walau berbau-bau bacang malah seluruh organisasi yang diterajuinya upaya tercemar oleh sikap sedia mengambil apa yang bukan menjadi hak walau secara menganiaya. Ia menjadi bahaya apabila diskriminasi oleh kezaliman dan penganiyaan menjadi perkara biasa pada zaman moden ini.”

“Apa yang dirahsiakan dari ungkapan ini?”

“Penerokaan oleh sifat keprofesionalan sesalur agihan minyak di pintu Afghanistan dan kemudian kononnya didakwa demokrasi tercabar oleh penghakisan pemahaman warganya pada struktur hak-hak bertanah air yang sekian lamanya tidak sedar bahawa mereka dimiskinkan oleh pergolakan yang sengaja direncanakan untuk diimprealiskan kekayaan sumber di pergunungan yang menyempadani Rusia, Pakistan dan Cina.”

“Ramadhan mu rohnya titipan kasih sayang Tuhan mu buat ummah.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s