Mata Bulan

“Bulan, masihkah awan mengepung cahayamu?”

“Riakku kah yang cedera atau megahku yang dicerca?|

“Ramadhan itu hanya bulan nikmat tibanya membawa berkat bukan hanya menjadi keramat sehingga terhindar sifat mukjizat Kekasih Tuhan pembawa rahmat.”

Ramadhan menyubur sikap agar muslim sentiasa menyenangi kesederhanaan.

Menahan pancaindera agar fokusnya tidak meruntun nafsu kerana penglihatan adalah membawa ke hati.

Pendengaran juga tumpuan adalah menyegarkan minda pada zikir bualan saling berpesan dengan kebenaran juga mengingati jika dalam kealpaan.

Bicara berpilih ungkap agar tiada makna yang silap.

Tidak dapat kita terjah bagaimanakah proses liku dan pengakhiran hidup di kala hayat meninggalkan jasad.

Saat bahagia sedetik selang ketika menemui sengsara bertanak airmata.

Saat derita seketika selang detik bersua riang ria berhilai tawa gembira.

Bererti apakah Ramadhan bertamu tatkala masih terikat rumah ibadat dibelenggu?”

Bermakna apakah Ramadhan tatkala undang-undang membentuk piawaian namun masih tersungkur pada sekatan yang tidak diiktirafkan dengan penanda namun tetap di minda tidak beragu?

“Ramadhan bulan ku yang tiada dinukil bicara sia-sia tetapi terusaha oleh cita-cita.”

“Meski pertemuan Ramadhan tidak dipasti akan ditemu lagi masihkah upaya Ramadhan yang sedang dilalui terbiar lesu tanpa pelbagai amal untuk perkasa jiwa gagah iman membina kubu.”

“Kubu yang mana maksud mu? Kubu di dinding yang tinggi atau pada jiwa yang berani?”

Ramadhan sinar yang redup cerah segar benamkan kealpaan kecuaian diri mengukuh mesra iman dihayati sepenuh raga memberi erti.

Qalbu akan gelap tanpa cahaya jika sepanjang Ramadhan diundang cela bersula hujjah dan keji umpat juga iri… lalu sukar untuk saling memahami apa lagi buat memaafi.

Ramadhan unjuran berhati dermawan, berarif budiman, bersusila penuh ketertiban, estetika lakaran gabungan keteguhan amalan berpaksi kejujuran.

Ada kala lelah oleh kalah lantas khianah mundurkan lidah dari bicara nasihat yang munasabah.

Tunjang akal pada rasional, engkar emosi untuk bersanggah agar lunak patah ditutur bernatijjah minda jelas terang menawan pendengaran.

Ia menerbitkan sikap bertolak ansur tanpa mahu mengutamakan kepentingan tidak juga mengejar kemenangan kerana kesederhanaan impiannya untuk berkasih sayang. Tidak pula memudar usaha dari bersungguh dalam kerja hingga binasa erti kaya dan beroleh kuasa… kerana ke dua ini adalah alat untuk diusahakan kebaikan bukan kemusnahan.

Proses pendidikan dalam Ramadhan menginsafkan menghala pandangan penuh kesedaran terhadap mereka yang sukar dan sentiasa serba di dalam kekurangan.

Pembinaan ketrampilan juga peribadi memerlukan persediaan bukan hanya pada menu saji bahkan muatan usia yang dibawa oleh tubuh badan apakah perhambaan itu pembuktian ketaatan telah disempurnakan?

Ramadhan adalah peluang dan kesempatan merubah diri agar muslim saling menguatkan hubungan dan menawarkan persaudaraan tanpa mengenal darjat rupa warna anutan dengan sentiasa merasakan di dalam jiwa, Allah ada bersama kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s